Isu Hina Sultan Selangor: Nik Aziz Serah Pada Polis

Serah pada polis

KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat laporan polis yang dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa(Perkasa) yang mendakwa dirinya menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kenyataan tersebut dibuat melalui Setiausaha Akhbar Nik Aziz, Fadli Shaari semalam yang memberi respons terhadap laporan polis dibuat oleh Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kelmarin.

“Saya hanya ingin menyatakan bahawa oleh kerana perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak polis, maka beliau tidak berhasrat untuk mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pada 1 Mei lalu, Sultan Selangor menjelaskan larangan agar masjid tidak digunakan sebagai pentas politik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat itu.

Penjelasan itu dititahkan oleh baginda memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan larangan tersebut selain menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Abdullah berkata, kenyataan Nik Aziz sebelum ini tidak bertanggungjawab selain mencabar kuasa Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri yang menitahkan larangan supaya masjid dan surau tidak dijadikan kawasan berpolitik.

”Sehingga hari ini (semalam) kita tidak menerima sebarang kenyataan maaf daripada beliau. Jadi hari ini kita membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada beliau.

”Nik Abdul Aziz telah mengingkari dan mempertikaikan perintah Sultan Selangor sekali gus tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1996,” katanya.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.