Judi bola bawa hasil kerajaan, rakyat dibebani hutang
SHAH ALAM, 13 Mei – Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyifatkan kelulusan lesen judi bola hanya menambah gejala sosial dan moral dalam kalangan rakyat kerana ia dikhuatiri mengheret kaki judi dengan bebanan hutang apabila tabiat berjudi kian berleluasa.
Bercakap kepada TV Selangor, beliau juga berpendapat tindakan meluluskan lesen judi ini dibuat berikutan sumber kewangan kerajaan pemerintah kian terhad bagi menampung perbelanjaan negara.
Lebih parah lagi, Charles berkata, kelulusan ini hanya melonjakkan masalah moral apabila kaki judi menambah nilai pertaruhan manakala kaki bola pula mungkin terjebak dalam tabiat berjudi.
“Ini merupakan masalah besar yang akan dihadapi rakyat Malaysia khususnya orang miskin, baik Melayu, Cina mahupun India. Mereka akan belanja lebih wang untuk berjudi khususnya pada masa Piala Dunia Jun ini.
Ini merunsingkan dan menjadi masalah serta menyusahkan keluarga miskin, malah orang kaya sekalipun dalam hal ini,” katanya.
Mengulangi pendirian Pakatan Rakyat yang membantah sekeras-kerasnya kelulusan lesen judi bola kerana ia membawa musibah kepada semua kaum di Malaysia, beliau mengesyaki tindakan UMNO- BN ini mungkin ada muslihat tertentu.
Charles juga kesal kerana kelulusan lesen judi bola ini bukan sahaja tidak disenangi ramai, bahkan tidak melalui proses tender terbuka.
“Jelas bahawa tender untuk perjudian pada Berjaya Corporation nampaknya tidak ada apa-apa tender dikeluarkan. Maka, kita boleh mengatakan ini satu projek yang diberi untuk kawan-kawan dalam UMNO,” katanya.
Akhbar Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan Kementerian Kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Abdul Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment