Kebajikan Rakyat Terjamin Di Bawah Pakatan Rakyat

Oleh Frederick Luccas

PETALING JAYA 11 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa kebajikan rakyat hanya boleh direalisasikan dengan meletakkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan Pusat pada pilihan raya umum ke-13.

Ini kerana rakyat telah menyaksikan sendiri sepanjang 26 bulan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor, pelbagai pelbagai kemajuan dan program kebajikan dilaksanakan.

Ini berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional sebelumnya yang tidak pernah terfikir oleh kerajaan Umno-BN untuk mengadakan program yang meberi manfaat kepada rakyat.

"Jika dalam tempoh dua tahun Pakatan Rakyat dapat membawa perubahan yang begitu drastik di Selangor, bayangkan perubahan yang boleh dibawa jika ia dapat membentuk Kerajaan Persekutuan," kata Nik Nazmi pada ceramah 'Selamatkan Malaysia' di Kampung Lindungan Ahad lalu.

Sehubungan itu beliau menjelaskan mengenai kelewatan pembinaan masjid di Seri Setia yang disebabkan ADUN BN sebelumnya hanya menabur janji untuk mendapatkan undi sedangkan tiada langsung kertas cadangan yang dikemukakan.

Atas usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat kini masjid tersebut bakal menjadi realiti dan dijangka siap Mei 2010.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.