Keluarga Aminulrasyid mahukan suruhanjaya diraja

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

SHAH ALAM, 3 Mei — Keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak mati polis minggu lalu mahu kerajaan mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden itu, bukannya inkues sebagaimana disarankan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Menurut bapa saudara mangsa, Kamarudin Hassan, keluarga itu mahukan siasatan tersebut dijalankan oleh sebuah badan bebas bagi menegakkan keadilan bagi mereka.

“Kami mahukan siasatan ini dijalankan oleh pihak bebas dan kami mahu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat kes ini.

“Ini kerana kami mahukan kes ini dapat disiasat dengan adil dan telus kerana kematian Allahyarham harus dibela dan namanya serta keluarga perlu dibersihkan,” kata beliau pada sidang media di rumah Allahyarham di Seksyen 11 di sini.

No comments

Powered by Blogger.