Pengawal Istana Kelantan stabil
KOTA BHARU: Pengawal Istana Diraja Kelantan yang parah ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat awal pagi semalam dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Ramli Mohamad, 50, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata doktor masih menunggu masa yang paling sesuai untuk mengeluarkan peluru yang masih melekat pada dada Ramli.
"Ketika saya melawatnya semalam beliau dalam keadaan stabil dan perlu menunggu sehingga pernafasannya benar-benar stabil sebelum doktor dapat membuat rawatan susulan," katanya.
Dalam kejadian jam 12.25 pagi itu, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Pinang selepas habis bertugas di istana, Kubang Kerian, apabila beliau ditembak. - Bernama

No comments
Post a Comment