Buktikan MCA masih relevan – Hishammuddin

RAUB: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MCA mesti membuktikan parti itu masih relevan kepada masyarakat Cina di negara ini.

Beliau berkata, sokongan pengundi Cina semasa pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor menunjukkan sebaliknya, namun ia bukan bermakna masyarakat Cina hilang kepercayaan kepada MCA.

"Mereka (MCA) mesti membuktikan mereka boleh menarik sokongan dari pengundi Cina," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung 30 cawangan Umno di Cameron Highlands, semalam.

Hishammuddin berkata, Umno, sebagai parti komponen utama dalam Barisan Nasional (BN), masih berkeyakinan MCA kebolehanan mengekalkan keyakinan masyarakat Cina kepada parti itu.

"Umno sendiri pernah melalu zaman sukar dan melakukan perubahan untuk kekal relevan dalam landskap politik baru. Tukar kaedah tarik sokongan masyarakat Cina (tajuk kecil)

"Sebagai komponen parti BN, Umno akan memberikan sokongan penuh kepada MCA," katanya.

Hishammuddin berkata, apa yang penting ialah parti itu perlu menukarkan kaedah untuk menarik masyarakat Cina tetap yakin kepada MCA.

Ditanya mengenai peratus yang kecil pengundi Cina menyokong calon BN di Hulu Selangor, Hishammuddin berkata, Umno sendiri ditolak dalam sebilangan pilihan raya kecil.

"Dalam soal ini, banyak alasan, ia juga berhubung kait persoalan kepimpinan tetapi apa yang penting untuk meletakkan perjuangan parti. Proses ini mesti berterusan," katanya.

Beliau menambah, Umno telah membuat perubahan besar untuk mengekalkan kepercayaan keyakinan orang Melayu.

"Jadi parti komponen BN juga mesti membuat perubahan."

"Usah menuding jari kepada orang lain. BN mesti duduk bersama untuk berbincang untuk maju ke depan," tambahnya.

- Bernama

No comments

Powered by Blogger.