Kementerian Kewangan jadi Kementerian Judi

Oleh Wan Mohamad Wasif

Judi (judi), menjanjikan kemenangan
Judi (judi), menjanjikan kekayaan
Bohong (bohong), kalaupun kau menang
Itu awal dari kekalahan
Bohong (bohong), kalaupun kau kaya
Itu awal dari kemiskinan

Judi (judi), meracuni kehidupan
Judi (judi), meracuni keimanan
Pasti (pasti), karena perjudian
Orang malas dibuai harapan
Pasti (pasti), karena perjudian
Perdukunan ramai menyesatkan


Demikianlah sedutan lirik lagu berjudul Judi nyanyian raja dangdut Indonesia, Rhoma Irama. Saya mendengar kembali lagu Judi ini tatkala mendapat tahu cadangan Kementerian Kewangan untuk mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 nanti.

Saya tidak pasti sama ada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein pernah mendengar lagu ini atau tidak. Entah Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mendengar lagu Judi ini atau belum pernah, saya pun tidak tahu.

Saya yakin majoriti rakyat Malaysia hanya ingin menyaksikan aksi hebat pasukan bolasepak pilihan mereka dan bukannya mahu berjudi. Yang mahu berjudi itu hanyalah kaki judi. Di Malaysia, saya percaya kaki bola lebih ramai daripada kaki judi.

Namun begitu, jika cadangan Kementerian Kewangan tersebut diterima, maka tidak mustahil kaki judi di Malaysia lebih ramai daripada kaki bola kelak. Bahkan Kementerian Kewangan juga tidak mustahil bakal dikuasai oleh kaki judi juga nanti. Mungkin ketika itu akan timbul cadangan agar ditukar nama Kementerian Kewangan kepada Kementerian Judi. Entahlah, saya pun tak tahu apa yang bakal terjadi.

Yang paling bergembira dengan lontaran cadangan lesen ‘judi halal’(?) tersebut pastinya tauke-tauke judi. ’Rezeki jangan ditolak!’ Mungkin itu kata mereka. Saya tidak mahu mengulas panjang isu ini. Saya hanya mahu menyambung nyanyian lagu Judi oleh Rhoma Irama. Ayuh ramai-ramai nyanyikan lagu judi buat pendokong judi...

‘‘Apa pun nama dan bentuk judi
Semuanya perbuatan keji
Apa pun nama dan bentuk judi
Jangan lakukan dan jauhi

Judi ‘’

Wan Mohamad Wasif Wan Mohamad,

Exco Pendidikan dan Penyelidikan

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.