PERKASA Kena Pergi Sokong Skuad Piala Thomas Malaysia

Piala Thomas: Malaysia temu Denmark di suku akhir

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Malaysia akan berdepan dengan juara Eropah, Denmark, pada saingan suku akhir Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, petang ini.

Dalam undian peringkat suku akhir malam tadi juara bertahan China akan menentang Korea Selatan, Indonesia pula berentap dengan India manakala Jerman bertemu Jepun.

Malaysia tewas 2-3 pada pertemuan terakhir dengan Denmark pada Piala Thomas 2006 di Jepun.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata Malaysia berpeluang cerah ke peringkat separuh akhir kerana Denmark kini dibarisi oleh gandingan pemain senior dan junior.

“Perlawanan tetap tidak mudah tetapi lebih baik daripada berjumpa pasukan pilihan lain seperti China, Indonesia atau Korea Selatan di peringkat suku-akhir,” katanya dipetik Bernama.

Sementara itu, pengurus pasukan Denmark, Finn Traerup berkata mereka mampu mengumpul satu mata dalam acara perseorangan dan berharap kedua-dua pasangan beregu negara itu menewaskan beregu tuan rumah.

“Ia bukan mudah tetapi saya fikir kami perlu ramuan tambahan khusus dalam acara perseorangan,” katanya.

Berdasarkan prestasi pemain perseorangan, Traerup memang mempunyai alasan untuk bimbang.

Pemain utama Malaysia, Datuk Lee Chong Wei dijangka tidak menghadapi masalah menentang pemain utama Denmark, Peter Gade dengan rekod pertemuan memihak kepada Chong Wei dengan 8-1.

Perseorangan kedua negara Wong Choong Hann kalah sekali dengan Jan O Jorgensen.

Beregu nombor satu dunia Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mempunyai rekod baik ke atas kedua-dua beregu Denmark iaitu rekod 3-2 ke atas Lars Paaske/Jonas asmussen dan 6-1 ke atas Crasten Mogensen/Mathias Boe.

Dalam pada itu, dalam undian suku akhir Piala Uber pula, Malaysia berdepan dengan musuh tradisi Indonesia, pilihan utama China pula menentang India, Jepun bertemu Denmark manakala Korea Selatan menentang Russia.

Rashid berkata Malaysia mempunyai peluang untuk menewaskan negara jiran itu seperti terbukti pada Sukan SEA Laos untuk meraih pingat emas.

“Tetapi Indonesia telah mempelajari kesilapan lampau dan pemain wanita Negara perlu berwaspada,” katanya.

Pengurus pasukan Piala Uber Indonesia, Djendjen Djaenanasn berkata Malaysia mempunyai kelebihan beraksi di hadapan penonton sendiri. — Bernama


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.