Khalid Samad: Kemenangan di Sibu dan Halatuju PR
Oleh Khalid Samad
Kemenangan di Sibu merupakan bukti kukuh bahawa pendekatan melalui PR mampu menghasilkan kemenangan bagi ketiga-tiga parti. Melalui kerjasama yang utuh, sokongan dari semua kaum dan peringkat masyarakat dapat diperolehi untuk kemenangan calon PR. Segala usaha untuk menafikan kemenangan PR yang dilakukan oleh BN dapat dipatahkan bersama.
Saya tidak berhajat untuk mengulas panjang di atas kemenagan yang telah diperolehi, tetapi dalam soal komitmen bertugas semasa PrK Sibu, di sini saya harus ucapkan tahniah kepada Dr Mariah yang semasa saya meninggalkan Sibu, beliau memaklumkan bahawa beliau akan berada di sana sehingga selesai pengundian pada 16 Mei.
Kegigihan beliau perlu dihargai dan di sini saya ingin menyebut nama beliau, mungkin sebagai salah seorang ‘unsung heroes’ atau heroine PrK Sibu. Semasa semua balik untuk digantikan dengan yang lain, bertugas secara shif atau ‘gelombang’, beliau memainkan watak utama bagi menentukan adanya kesinambungan dalam gerak kerja yang berterusan. Saya pasti PAS serta parti komponen PR menghargai kegigihan yang beliau tunjukkan.
Selain dari mengucapkan tahniah kepada PR dan semua yang telah turun bertugas, saya sekali lagi ingin menegaskan mesej ‘Perkukuhkan PR’ yang telah disebut berulang kali sebelum ini. Namun ianya perlu terus disebut berulang kali lagi supaya semua ahli parti komponen, para penyokong dan rakyat jelata memahami inilah masa depan politik negara kita. Ini supaya tiada yang akan teragak-agak dan tidak memberikan komitmen yang sepertimana sepatutnya.
Di antara tindakan utama yang perlu dilakukan bagi mengukuhkan lagi PR ialah dengan mengamalkan kerjasama bersepadu dan perkongian maklumat di antara parti komponen dalam soal memilih calon untuk PRU ke 13. Sekiranya ini dilakukan semasa PRU ke 12, berkemungkinan besar calon PKR untuk salah satu kerusi parlimen di utara tanah air akan digantikan dengan orang lain, kerana kesangsian PAS terhadap penyandang kerusi sekarang sudah pasti akan dimaklumkan kepada PKR untuk diteliti bersama. Kesangsian yang menyebabkan beliau tidak dipilih sebagai calon PAS walaupun telah menyatakan hasrat beliau beberapa kali. Hari ini kesangsian tersebut terbukti berasas. Berkemungkinan juga calon Wangsa Maju yang mempunyai agenda sendiri terhadap DAP akan turut ditolak awal-awal lagi. Agenda yang akhirnya membawa beliau bertindak seperti hari ini.
Apa yang penting, calon-calon perlu memahami dan menyokong pendekatan perjuangan melalui PR supaya tidak akan berlaku keadaan di mana seseorang calon dari sebuah parti dalam PR menyerang parti rakan yang lain. Keadaan sebegitu akan hanya akan melemahkan PR dan menggugat keyakinan rakyat terhadap kesatuan PR. Keyakinan inilah yang sedang kita usahakan selama ini. Mungkin ada yang masih tidak faham mengapa usaha sebegini amat diperlukan.
Kalau pada Mac 2008 kita boleh memberi alasan bahawa kita “tidak sangka boleh menang” maka calon-calon dipilih secara mudah; asalkan ada calon dan ada yang pertandingan. Tetapi, PR tidak boleh lagi menggunakan alasan yang sama PRU yang akan datang. Kali ini kita bertanding dengan sangkaan dan harapan bahawa kita akan menang dan semua calon mesti merupakan calon yang mampu mempertahankan dasar PR dan tidak mudah dibeli dengan wang ringgit mahupun jawatan.
Kaedah kedua semestinya, sepertimana yang dilakukan di Sibu, PAS dibela oleh DAP di kalangan orang bukan Melayu dan bukan Islam; dan pada masa yang sama DAP dibela oleh PAS di kalangan orang Islam. PKR membela kesemua di kalangan seluruh ahli masyarakat. Namun, pembelaan sebegini menjadi tidak bermakna sekiranya amalan pihak yang dibela tidak konsisten dengan apa yang disebut oleh pihak yang membela. Oleh yang demikian PAS harus membebaskan dirinya dari mana-mana pendirian yang boleh memberikan persepsi bahawa ianya sebuah parti assobiyyah (perkauman) Melayu Muslim dan begitu juga DAP juga perlu lakukan yang sama terhadap persepsi chauvanis Cina yang ingin diletakkan oleh (tidak lain dan tidak bukan) UMNO.
Ketiga, dan ini pada saya yang mungkin paling mencabar, iaitu satu suasana kerjasama dan kesatuan yang utuh mesti dizahirkan dan dibuktikan, bukan hanya melalui kata-kata sepertimana di dalam BN, tetapi yang lebih penting, melalui amalan dan tindakan. Hentikan apa-apa sengketa secara terbuka dan tentukan semua dasar dicapai dan dipersetujui secara sepakat. Apabila dipersetujui di dalam rundingan tertutup, jangan pula diluahkan rasa tidak puas hati melalui media terbuka. Jujur dalam persahabatan dan amalkan konsep kepimpinan melalui syura di kalangan parti PR dan juga di dalam parti sendiri.
Kita hanya mempunyai beberapa bulan lagi untuk bersiap sedia berhadapan dengan PRU ke-13 dan Allah telah memberi kita satu kemenangan besar yang cemerlang sebagai titik tolak untuk menghadapinya. Janganlah pula berasa selesa dengan apa yang ada, bekerja keraslah demi masa depan yang lebih baik kita bersama.
Akhir kata, perlu juga disedari bahawa kesatuan PR akan bakal diuji kembali. Yang terkini, hakikat bahawa DAP sekarang memperolehi 28 kerusi Parlimen dan PKR pula hanya tinggal dengan 25 (dari 31 pada asalnya) akan dijadikan isu. Kerusi PKR berkurangan disebabkan 5 pengkhianat dan kekalahan di Hulu Selangor. Dengan jumlah kerusi DAP yang melebihi PKR, isu Ketua Pembangkang akan ditimbulkan kembali oleh juara persoalan ini iaitu Khairi Jamaluddin. Pimpinan PR harus berbincang akan persoalan ini dengan baik dan menyelesaikannya dengan penuh bijaksana.
Sekiranya ini ditangani dengan baik, maka akan timbul pula persoalan Ketua Pembangkang sekali lagi sekiranya DSAI ditahan akibat dari sandiwara yang sedang berlangsung sekarang ini. Perkara ini juga perlu difikirkan bersama dan diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Walaupun UMNO/BN sebenarnya yang merupakan masalah utama untuk rakyat di negara ini, mereka ini tidak akan berhenti dari mengusahakan dan merekacipta masalah bagi PR dan seluruh rakyat jelata. Lebih lebih lagi dengan kemenangan terbaru di Sibu. Namun dengan kebijaksanaan dan melalui kaedah Siyaasah Syariyyah, saya yakin, insyaAllah ianya mampu diatasi bersama - asalkan kita sentiasa ingat siapa kawan dan siapa lawan yang sebenarnya.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Jazan, Saudi Arabia
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

1 comment
YB,
saya sendiri lihat kegigihan YB Mariah sewaktu di Bukit Gantang. Beliau mengerah tenaga hingga ke jam 5 petang!! saya masih ingat
Post a Comment