Kristian tolak PAS: Sinar Harian minta maaf kepada PAS

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/sinar_maaf.jpg


Harakahdaily

IPOH, 24 Mei: Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan semuka penuh permohonan maaf kepada PAS Perak ekoran laporan mereka 'Kristian tolak PAS' sebelum ini.

Permohonan maaf itu dibuat selepas mendapat bantahan dan peringatan daripada PAS Perak melalui kenyataan bertulis yang dibuat oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Dr. Haji Khairuddin bin Datuk Abd Malik.

Selain permohonan maaf, Sinar Harian juga menyiarkan kenyataan rasmi daripada Dr. Khairuddin di muka surat yang sama.

Sebelum ini, Sinar Harian dalam laporan akhbarnya edisi Perak telah memutar belit kenyataan paderi, konon Kristian menolak PAS. Padahal kenyataan itu bukannya dari paderi tetapi telah diputar belitkan oleh pihak media berkenaan dengan niat untuk mengelirukan orang ramai.

Ulasan itu telah dibuat Sinar Harian berdasarkan satu pertemuan Paderi dari Seluruh Gereja di seluruh Daerah Kinta dengan pihak PAS Perak baru-baru ini.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin, tidak ada pun kenyataan daripada pihak Kristian yang menyatakan 'Kristian menolak PAS', cuma apa yang disebut, kalau program tersebut dianjurkan tiga tahun lepas mereka pasti tidak akan hadir.

Nizar turut menegaskan sebelum ini, "Sinar Harian perlu membuat pembetulan secara terbuka dalam akhbarnya atau mengadapi tindakan mahkamah."


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.