Lesen judi bola kerja kerajaan Bodoh dan Nyanyuk

Minggu lepas, Menteri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi bola kepada Kumpulan BERJAYA meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Tindakan ini dilihat sebagai melampau dan mencabul kehormataan rakyat apabila kerajaan Bodoh Nyanyuk tidak mempunyai niat langsung untuk berbincang dengan rakyat berkenaan pemberiaan lesen judi bola sebelum dilaksanakan di negara kita. Perkara ini turut tidak dibawa berbincang di Parlimen.

Yang lebih memeritkan hati, lesen ini dihadiahkan kepada satu syarikat tidak aktif, Ascot Sports yang 70% sahamnya dimiliki Tan Sri Vincent Tan, yang juga merupakan pemegang saham terbesar di Berjaya Corp.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Selain itu Awang Adek juga berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Itulah kenyataan daripada Timbalan Menteri Kewangan kita yang sanggup menjadi kambing hitam dalam menjaga imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan untuk mengumumkan berita buruk ini kepada rakyat.

Ulasan pemberian lesen judi
Cuma ada beberapa soalan yang ana ingin bertanya: –

Dengan pemberian lesen-lesen perjudian nombor 4 ekor selama ini, mengapa perjudian haram dan bookie nombor 4 ekor haram masih wujud secara berleluasa di dalam negara kita? Bukan itu saja, dengan kasino Genting yang begitu besar, mengapa masih wujud premis-premis perjudian haram sekitar Malaysia? Bukankah ini menunjukkan bahawa pemberian lesen perjudian yang diwar-warkan sebagai penawar kepada perjudian haram ternyata bodoh dan meleset sama sekali?

Walaupun kerajaan berkata, perjudian bola sepak hanyalah untuk rakyat bukan Muslim sahaja, tapi adakah mereka terfikir, apakah jaminan yang penjaga-penjaga kaunter di premis perjudian mengenal bangsa, agama dan umur ketika menjual tiket perjudian? Sudah tentu tidak, lihatlah selama ini, adakah semua kedai nombor 4 ekor langsung menjalankan pemeriksaan kad pengenalan sebelum menjual tiket perjudian kepada para pembeli?

Perjudian ialah satu masalah sosial

Hakikatnya, masalah judi ialah satu masalah sosial yang tidak mengenal bangsa dan agama. Semua golongan rakyat akan terjebak di dalam kancah sosial ini jika kerajaan yang memerintah memberikan lampu hijau untuk terus menggalakkan aktiviti judi. Untuk mengatakan bahawa judi ini adalah sebahagian daripada cara hidup orang bukan Islam hanyalah satu logik yang tidak benar. Tiada agama di dunia ini menggalakkan judi, sepertimana agama Islam.

Ke mana hilangnya tanggungjawab sosial yang seharusnya dipikul kerajaan yang memerintah supaya rakyatnya mengikut amalan kehidupan yang betul? Adakah kerajaan terfikir berapa ramaikah orang miskin yang akan berjudi bola kali ini untuk mencuba nasib dalam menggunakan nasib tuah dalam misi menukar nasib kehidupan mereka yang sentiasa dalam kesusahan?

Adakah kerajaan terfikir berapa ramaikah mahasiswa negara kita yang menggilai acara Piala Dunia akan mula berjudi secara halal kali ini di premis-premis perjudian bola yang halal?

Adakah kerajaan telah memikirkan langkah-langkah untuk mencegah orang yang sudah mengalami masalah bankrap dan kredit yang lemah daripada terjebak dalam judi bola supaya tidak meningkatkan masalah sosial negara sebelum pemberian lesen ini?

Adakah satu badan nasional ditubuhkan untuk menjalankan kempen pendidikan bagi menyedarkan rakyat tentang keburukan berjudi sebelum lesen judi bola ini dikeluarkan?

Adakah satu institusi baru akan ditubuhkan untuk menyembuhkan mereka yang terjebak dalam masalah perjudian kronik kesan daripada perjudian bola ini?

Tidak. Semuanya tidak pernah ditimbangkan. Yang hanya dalam otak pemimpin-pemimpin kerajaan ialah soal berapa banyak keuntungan yang bakal diterima kerajaan melalui cukai judi bola.

Soal tanggungjawab sosial langsung tidak dipedulikan dan inilah maksud sebenar rakyat didahulukan dalam konsep 1Malaysia apabila kerajaan ingin mencari sumber kewangan yang lain bagi menampung janji-janji pilihanraya yang berbentuk rasuah.

Apakah mesej yang hendakkan disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat dengan pemberian lesen judi bola ini? Hanya kerajaan yang gila duit dan kuasa sahaja sanggup menggalakkan rakyatnya untuk terus berjudi secara halal dengan meluluskan lesen judi bola tanpa sebarang langkah untuk mendidik rakyatnya supaya tidak terjebak dalam segala bentuk perjudian.

Bila lagi rakyat nak sedar bahawa kehidupan mereka akan bertambah tenat di bawah pimpinan kerajaan Bodoh Nyanyuk?

Sampai bila rakyat sanggup dibodohkan?

-----------------------------
Li Fook Gao berpendapat pemimpin-pemimpin negara Singapura mempunyai kesedaran tanggungjawab sosial yang lebih tinggi daripada pemimpin-pemimpin negara kita sebelum meluluskan lesen judi


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.