Mugilan akan terus desak Samy Vellu undur

Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan yang dipecat daripada parti itu semalam berikrar akan terus mendesak supaya Datuk Seri S Samy Vellu segera berundur dan meletakkan jawatan presiden parti.

Mugilan dipecat oleh Samy Vellu kerana menuntut pemimpin veteran itu supaya beredar daripada tunggu sehingga September 2011 seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

NONE"Saya terima surat satu mukasurat pada lebih kirang jam 10 malam semalam yang ditandatangani oleh Samy Vellu. Saya akan failkan rayuan kepada ahli jawatankuasa pusat (CWC) parti pada Isnin,” kata Mugilan (kiri, berbaju putih) kepada Malayisakini.

"Satu-satunya sebab bagi pemecatan saya, seperti dinyatakan dalam surat itu, ialah kerana meminta Samy Vellu meletakkan jawatan...ia (pemecatan) tiada kena mengena dengan isu (saya) sabatoj parti dan Barisan Nasional pada pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Surat itu menyatakan saya dipecat daripada parti, berkuatkuasa serta merta, dan saya boleh merayu dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat pemecatan itu, kepada CWC (jawatankuasa kerja pusat, badan pembuat keputusan tertinggi MIC).

Mugilan, akan mengadakan sidang akhbar di Petaling Jaya esok mengenai sebab pemecatannya dan berjanji akan membuat “sesuatu pendedahan besar”.

Beliau berkata pelan tindakan drastik terhadap kepimpinan Samy Vellu akan juga diumumkan pada sidang akhbar itu.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.