Mugilan Tubuh Gerakan Anti Samy Vellu

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan yang dipecat daripada parti itu hari ini mengumumkan penubuhan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).

Menurut beliau, GAS akan beroperasi bagi mendesak supaya Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatan presiden.

GAS akan mengadakan perhimpunan pertamanya pada Ahad depan dan mensasarkan penyertaan kira-kira 7,000 penyokong.

"GAS adalah himpunan golongan yang menentang Samy Vellu, kita akan terus mendesak sampai beliau letak jawatan," katanya pada sidangmedia di sini hari ini.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.