Najib Macam Nak Suruh Samy Berambus Cepat Jer?

Selesaikan Kemelut Dalaman MIC, Kata PM

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kemelut yang sedang berlaku dalam MIC, salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) dapat diselesaikan.

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata kemelut dalam MIC kini semakin hangatkerana ramai di kalangan pemimpin parti terbesar kaum India itu yang berpendapat perlunya berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi parti. "Perkara ini (kemelut kepimpinan MIC) harap dapat diselesaikan oleh MIC,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aero Mall dan Bandar LapanganTerbang Senai di Lapangan Terbang Senai di sini hari ini.

Beliau berkata apa yang penting adalah MIC sebagai salah sebuah partikomponen BN perlu turut memainkan peranannya untuk meyakinkan rakyat supayamenyokong parti pemerintah.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya tentang kemelut yang berlakudalam MIC ketika ini yang menyaksikan timbalan ketua pemuda MIC, V.Mugilandipecat berikutan desakannya agar presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellumelepaskan jawatannya dengan segera. - BERNAMA


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.