"Orang" Ong Tee Keat Kena Buang?
Tiga pengarah Star Publications (Malaysia) Bhd tidak menawarkan diri untuk terus kekal dalam lembaga pengarah semasa mesyuarat agung tahunan syarikat itu, pagi ini.
Mereka adalah pengarah eksekutif Ng Beng Lye dan dua pengarah bukan eksekutif Sak Cheng Lum dan Tan Foong Luen.
Tindakan itu dipercayai sebagai membuka laluan bagi lantikan politik oleh presiden baru MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bagi memperkuatkan cengkamannya terhadap syarikat media itu.
Semasa AGM di Petaling Jaya pagi ini, tiga resolusi berhubung perlantikan semula ketiga-tiga mereka yang sepatutnya diundi tetapi digugurkan tanpa sebarang sebab.
AGM itu hanya berlangsung selama sejam dan lembaga pengarahnya bergegas ke mesyuarat lain tanpa berjumpa dengan wartawan yang membuat liputan.
Mereka dijangka akan membincangkan penyusunan semula lembaga pengarah dan dijangka akan mengeluarkan kenyataan media lewat hari ini.
Apabila ditanya oleh wartawan, Ng mengesahkan bahawa beliau bersama Sak dan Tan, tidak menawarkan diri untuk dilantik semula.
Ditanya lanjut, Ng berkata: “(Kami letak jawatan) tanpa sebarang sebab”.
Ng dan timbalan pengerusi Star Publications, Clement Hii dilihat sebagai lantikan politik oleh bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Sebelum ini, desas desus bahawa mereka akan disingkirkan telah bertiup kencang.
Khabar angin juga mengatakan bahawa Ketua Pengarang, The Edge, Ho Kay Tat akan menggantikan tempat Hii ataupun Ng.
malaysiakini
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment