Pakatan Rakyat Sasar Tahap Mengundi Tinggi Untuk Menang

Oleh Dzulkarnain Taib

SIBU 14 Mei - Pakatan Rakyat memerlukan peratusan keluar mengundi yang tinggi bagi mencerahkan peluang memenangi kerusi Parlimen Bandar Sibu pada pilihan raya kecil 16 Mei nanti.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata setakat ini beliau yakin tahap sokongan kepada calon DAP, Wong Ho Leng dijangka meningkat daripada 48 peratus kepada 50 peratusan pada hari mengundi Ahad ini.

"Kami yakin imbangan sokongan akan menjadi 50:50 pada hari mengundi. Selepas itu yang menjadi penentu ialah kadar peratusan yang keluar mengundi. Kami yakin memang sekiranya tahap keluar mengundi masyarakat Cina mencapai 80 peratus manakala pengundi Melayu-Melanau dan Iban tambahan kira-kira 10 peratus lagi," kata beliau pada sidang media harian di Pusat Media Pakatan Rakyat pagi tadi.

Tambah Kit Siang, analisis pemerhati politik masih meletakkan SUPP-BN di kedudukan hadapan dalam persaingan dengan Pakatan Rakyat dengan majoriti antara 2,000 hingga 2,500 yang bakal diperolehi oleh calon SUPP, Robert Lau Hui Yew.

"Kami akan terus bekerja keras 24 jam sehingga tamat tempoh berkempen abgi memastikan kami menyampaikan mesej kepada seramai mungkin pengundi sebelum hari mengundi," Ahli Parlimen Ipoh Timur itu.

Berhubung sokongan pengundi Melayu-Melanau Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata respons yang diperlehi oleh petugas parti itu semasa lawatan ke kawasan majoriti Melayu menunjukkan sambutan yang positif.

"Sambutan adalah amat baik sekali, kami tidak ditolak dan diterima dengan baik tetapi kami tidak boleh jangkakan mereka akan sokong kita 100 peratus. Walau bagaimanapun yang pasti sudah ada peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu," jelas Mustafa.


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.