PAKKU Desak Kerajaan Batal Lesen Perjudian Bola Sepak
KUALA LUMPUR 18 Mei - Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam satu kenyataan hari ini.
Media melaporkan Kementerian Kewangan telah meluluskan lesen perjudian sukan kepada Berjaya Corp milik Tan Sri Vincent Tan.
Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.
Bernama
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment