Pas Maju Setapak Lagi
PAS menempah kemajuan setapak lagi apabila Sabtu ini parti Islam itu akan melancarkan Dewan Himpunan Penyokong Pas. Presiden Pas, Abdul Hadi Awang akan melancarkannya di Shah Alam Selangor. Sebelum ini tidak ramai terfikir yang bukan Islam bersama Pas. Tetapi dengan perubahan tafsiran dalam politik serta sejajar dengan arus semasa, apa yang pelik ini sudah tidak pelik.
Penerimaan ini menolak tanggapan sesetengah pihak Pas parti berfahaman sempit dan kolot. Malahan apa yang dilakukan Pas kini ia lebih setapak berbanding dengan Umno sendiri yang wujud lebih awal dari Pas. Umno sendiri belum ada kelab penyokong dari kalangan bukan Melayu. Ironisnya kemajuan ini dicapai disaat-saat Pas di bawah kepimpinan ulama yang dikatakan dibelenggu fahaman lama.
Begitu juga mengenai kemajuan Pas. Pas sudah bertapak lama di Sabah dan Sarawak. Sesuai dengan ianya sebuah gerakan dakwah, yang mana peranan itu harus dimainkan Pas di mana saja, Pas mengambil risiko untuk mengembangkan sayapnya ke Malaysia Timur. Walaupun mulanya Pas menghadapi jalan sukar, namun kini ia sudah membuahkan hasil.
Bukan setakat itu saja Pas turut sama menyertai pilihan raya di Sabah dan Sarawak sebagai memberi alternatif kepada umat Islam di sana untuk merasai kelainan politik ala Pas.
Apa yang ditunjukkan Pas pada pilihan raya Sibu lalu menjelaskan akan sikap dinamik Pas. Pas adalah antara organ yang membantu kemenangan calon DAP, Wong Hoi Leng Semua itu adalah hasil keberanian dan sikap pandangan jauh para pemimpin Pas muasir ini.
Di samping penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas itu, Pas juga sedia memberi laluan kepada bukan Islam bertanding atas lambang Pas – Bulan Purnama. Pada saya ini satu lagi kemajuan dan sikap progresif dan bijak Pas. Ia benar-benar menjadikan Pas sebuah parti yang professional.
Tahniah dan syabas diucapakan kepada orang yang bertanggungjawab membangunkan Dewan Himpunan Penyokong Pas ini, iaitu sdr Mujhaid Yusuf Rawa (foto). Kesediaan Pas memberi lambang kepada bukan Islam ini pada saya sedikitpun tidak pelik dan tidak anih. Kalau Pas boleh memberi lambangnya kepada Ibrahim Ali bertanding di Pasir Mas, tidak salah kalau bukan Islam termasuk Dayak dan Iban di Sabah dan Sarawak kalau mahu bertanding atas lambang bulan.
Cuma di dalam hal ini, Pas perlu berhati-hati dan (kalau boleh) mengenakan syarat-syarat tertentu sebelum menyerah lambang simbul cekerawala itu. Apa yang lebih penting memastikan orang yang akan menggunakan lambang bulan itu mereka yang boleh dipegang pada janji dan tidak akan bertindak menikam belakang selepas menang. Mereka yang tahu menjaga kesucian dan maruah bulan purnama. Dalam erti kata lain Pas jangan sesekali bermurah hati dengan orang seperti Ibrahim Ali yang tidak tahu mengenang budi.
Selain dari syarat itu, elok juga bagi Pas memastikan mereka yang akan diserahkan lambang itu kepada mereka yang memahami hala tuju perjuangan Pas. Mereka yang tahu sejarah dan maksud penubuhan Pas dan perananya di negara ini. Ertinya mereka yang sedia untuk menerima watikah Pas biarlah mereka yang bertanggungjawab, tahu bersetia dan berterima kasih dan serba sedikit memahami perjuangan Pas.
Saya yakin kalau Dewan Himpunan Penyokong Pas ini dapat digerak secara lebih menyeluruh dan bersistemetik ia tidak akan menjadi masalah baru kepada Pas, bahkan akan memberi keuntungan kepadanya.
http://msomelayu.blogspot.com/
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment