Program Pendemokrasian Rakyat Kukuhkan Pakatan Rakyat Selangor
Oleh Faizal Ezzany
SHAH ALAM 23 Mei - Pakatan Rakyat Negeri Selangor melancarkan program Pendemokrasian Rakyat Selangor bagi memperkukuhkan lagi keanggotaan Pakatan Rakyat selain meningkatkan pendaftaran pemilih baru.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan program serampang dua mata yang dilancarkan ini penting sebagai asas kepada pemantapan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.
"Program ini meletakkan satu fokus dan suasana kerja kefahaman diperingkat akar umbi seluruh negeri.
Peserta yang menyertai ini akan faham dengan jelas proses demokrasi yang berjalan di negara ini, kita juga dedahkan bagaimana selok belok proses pendaftaran mahupun pilihan raya yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Kita juga mahu rakyat menghargai betapa pentingnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang perlu dipertahankan melalui gerakan demokrasi yang menyeluruh di seluruh negeri," kata beliau kepada Suara Keadilan selepas pelancaran program tersebut semalam di Bangunan SUK di sini semalam.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang memberitahu dengan matlamat yang telah ditetapkan itu diharap sokongan kepada Pakatan Rakyat akan menjadi lebih mantap dan segala dasar yang dilakukan oleh kerajaan negeri dapat disalurkan dengan mudah.
"Melalui program yang dilakukan ini kita dapat menyampaikan maklumat kepada setiap lapisan masyarakat dengan lebih mudah terutama sekali dasar-dasar yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri.
"Program ini akan berjalan sepanjang tahun tetapi kita tetapkan lapan minggu bagi proses pendaftaran pemilih baru dan setiap mereka yang bertugas perlu bertemu dengan penduduk setempat mengikut cabang masing-masing, ini bagi memastikan penduduk setempat yang berkelayakan telah berdaftar sebagai pemilih.
"Setiap cabang dan ranting kita telah berikan sasaran yang khusus seperti berapa bilangan program yang mereka lakukan, berapa sukarelawan yang telah mereka lantik, berapa banyak aktiviti yang dijalankan bersama atas nama Pakatan Rakyat dan juga berapa ramai keanggotaan baru yang telah mereka daftarkan selain pendaftaran untuk pemilih yang baru.
"Gabungan kepada semua faktor tersebut menjadi ukuran kepada prestasi pencapaian semua cabang, dan saya yakin dengan kehadiran pada hari ini matlamat yang disasarkan akan tercapai. Untuk makluman program ini akan dilakukan diseluruh negara.
"Kemantapan dari program tersebut kita dapat mempertahankan negeri Selangor ini dan juga negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat dan tidak mustahil kita boleh menguasai negeri lain pula," sambungnya lagi.
Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments
Post a Comment