Sime Darby Perlu Tentukan Sebab Berlaku Kerugian - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Sime Darby Bhd perlu menentukan dahulu sebab ia mengalami kerugian RM964 juta sebelum menimbulkan isu kebertanggungjawaban.

"Kita perlu menyiasat sebab berlakunya kerugian itu terlebih dahulu. Kita tidak boleh berbuat apa-apa mengenai kebertanggungjawaban pada masa ini," katanya, semasa diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tanggung jawab terhadap kerugian di dalam Projek Bakun perlu dikongsi oleh semua pihak yang terlibat di dalam isu itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bangunan ibu pejabat baru Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semasa mengumumkan kerugian berkenaan pada minggu lepas, Sime Darby turut mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya, Datuk Seri Zubir Murshid untuk bercuti.

Ia melantik Datuk Azhar Abdul Hamid sebagai Pemangku CEO Kumpulan sementara. - BERNAMA


Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.