Suara Ezam - suara UMNO?

Kes pertuduhan liwat Anwar Ibrahim semakin rancak di bicarakan. Dalam melihat perkembangan semasa apa yang menarik perhatian saya adalah tuduhan yang di buat oleh Ezam Mohd Nor dan SD Johari (Bekas Setiausaha Pemuda Keadilan) mengenai Anwar Ibrahim. Hari ini mereka dengan beraninya mengatakan bahawa MEREKA PERCAYA ANWAR PELIWAT. Mereka bergerak selangkah melebihi yang lain dengan mengatakan bahawa Anwar seorang peliwat. Hari ini kata-kata mereka adalah suara UMNO. Suara mereka adalah suara UMNO dan suara mereka ini lebih berbahaya dari suara ahli UMNO yang setia selama ini pada UMNO. Mereka hadir menyatakan Anwar seorang homoseksual dan mereka tidak dapat menerima Anwar kerana itu, lantas meninggalkan parti. Ezam dalam kenyataannya pula berkata, orang bodoh sahaja yang masih percaya teori konspirasi – selama mana dia juga bodoh mempercayai Anwar Ibrahim dahulu dan melaksanakan berbagai-bagai “damage” kepada UMNO sebelum ini.

Sebenarnya kenyataan Ezam Mohd Nor akan di rungkai sebagai kenyataan UMNO, sedangkan sepatutnya UMNO tidak ada kaitan dengan kes ini. Suara ahli dan warga UMNO seharusnya senada, menantikan keputusan mahkamah dan perang ini adalah antara Anwar Ibrahim yang di tuduh meliwat dan Saiful Buhkari Azlan yang membuat tuduhan – BUKAN POLITIK. Namun keghairahan Ezam dan rakan-rakan sebenarnya memberi impak yang lebih buruk dalam usaha UMNO menafikan bahawa ini BUKAN kes berbau politik.

Kenyataan yang dibuat di mahkamah oleh Ezam Mohd Nor mengenai Anwar Ibrahim seorang peliwat – percaya Anwar meliwat adalah kenyataan peribadi beliau. Ini bukan pandangan UMNO dan tidak sepatutnya menjadi konklusi UMNO. Senator baru lantik yang mahu menunjukkan taring perlu ingat bahawa dendam tidak pernah menyelesaikan masalah malah dendam hanya merosakkan diri dan bukan orang yang di dendami itu. Bagi www.umno-reform2.com pendekatan Ezam itu SALAH kerana ia akan hanya memberi impak dan persepsi buruk kepada kerajaan memerintah. Kita perlu menyatakan dengan tegas bahawa isu marah terhadap Anwar Ibrahim tidak seharusnya melibatkan UMNO kerana UMNO menentang Anwar bukan kerana marah tetapi percaya bahawa pendekatan PR tidak akan dapat membantu rakyat. Jangan akhirnya Ezam Mohd Nor – akibat marahkan Anwar meletakkan nama UMNO pada kancah yang genting lantas memberi kesan kepada PRU 13 nanti. Bagi mereka yang bangga dengan Ezam – pertuduhan Ezam akan hanya dilihat sebagai emosi kesal dan marah beliau pada Anwar Ibrahim. Fikirkan


http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=729&Itemid=58

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.