Usah politikkan isu peluru sesat: Khalid

PETALING JAYA - Polis mengingatkan semua pihak jangan mempolitikkan insiden S. Surinteran, 22, yang cedera terkena peluru sesat dalam insiden di Kampung Kuantan, Batu, Kuala Selangor, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berharap tiada pihak memperbesarkan isu itu kerana pasukan khas sudah ditubuhkan bagi menjalankan siasatan dalaman berhubung insiden tersebut.

“Siasatan telus dan adil akan dijalankan bagi menyiasat bagaimana kejadian tersebut berlaku.

“Inkuiri dalaman diadakan bagi melihat sama ada polis mematuhi prosedur dan langkah-langkah keselamatan diambil semasa kejadian,” katanya ketika ditemui melawat mangsa di Hospital Sungai Buloh, di sini, semalam.

Berhubung suspek insiden berkenaan, Khalid berkata, ia akan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Menurutnya, tindakan tidak akan diambil terhadap anggota polis itu.

“Anggota berkenaan tidak bersalah kerana hanya menjalankan tugas,” katanya.

Bagaimanapun, beliau kesal atas kejadian itu dan bersimpati dengan mangsa.

Sementara itu, Surinteran cedera selepas terkena peluru sesat dalam insiden pergelutan antara polis dan seorang komando yang dipercayai tidak siuman.

Lelaki berkenaan mengamuk sambil membawa pisau dan bertindak ganas dan membahayakan orang ramai.

Ekoran itu, tembakan dilepaskan mengenai jari kaki dan kepala lutut mangsa selepas cuba menyerang polis.

Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.