APMM Sarawak Tahan 16 Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Dan Bom Ikan
KUCHING, 27 Dis (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menahan 16 nelayan warga Vietnam yang dipercayai menceroboh perairan negara dalam satu operasi pada Jumaat lepas.
Ketua Penguatkuasanya Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata mereka ditangkap di perairan Tanjung Lobang, Miri, selepas hampir dua jam dikejar bot peronda APMM.
Bercakap pada sidang media di sini hari Isnin, beliau berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang apabila bot peronda APMM terserempak dengan sebuah bot nelayan yang mencurigakan.
Bagaimanapun apabila dihampiri, bot tersebut memecut menyebabkan bot peronda APMM terpaksa mengejar, katanya.
"Hasil pemeriksaan, kami mendapati vesel nelayan yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan negeri ini berdasarkan kepada hasil tangkapan yang melecur dan berdarah.
"APMM telah menyita vesel, ikan yang dianggar setengah tan serta peralatan yang digunakan untuk menangkap dan mengebom ikan, yang kesemuanya bernilai kira-kira RM1 juta," kata Ismaili.
Beliau berkata kesemua nelayan tersebut termasuk tekong yang berusia antara 20 dan 58 tahun kini ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan.
Bernama difahamkan tekong bot tersebut ditemui pasukan APMM dalam keadaan cedera di leher, dipercayai dilakukan oleh anak-anak kapal yang mengugutnya agar tidak memberhentikan bot tersebut.
Lelaki itu kini dirawat di Hospital Miri.
Kes terbaru itu menjadikan jumlah tangkapan APMM Sarawak sepanjang tahun ini meningkat kepada 187 berbanding 165 tangkapan pada tahun lepas.
-- BERNAMA

No comments
Post a Comment