Berkorban atau dikorbankan - pilih salah satu
MCA menekan kita lagi. Dalam convention BN yang diakan diDewn Lee San Choon, Wisma MCA hari ini kita telah menyaksikan secara jelas yang MCA mahukan semuanya mestilah dibahagikan samarata dan dalam makna lain tidak ada lagi keistimewaan bagi orang Melayu. Walaubagaimana pun ini bukanlah cerita baru bagi MCA, malahan MCA telah menuduh UMNOlah yang menyebabkan kekalahan BN dibanyak kerusi Parlimen dalam piliharaya yang lalu.
Chua Soi Lek pernah meminta dihapuskan keistimewaan bagi orang Melayu dan Bumiputra kerana ianya akan memerangkap negara kita kedalam ‘middle-income trap’ dan akan menjejaskan ekonomi negara kita dan seterusnya akan menjejaskan usaha untuk menjadikan negara ini sebuah negara yang berpendapatan tinggi seperti mana yang diusulkan didalam Model Ekonomi Baru (MEB).
Kita juga perlu memahami keadaan MCA yang seperti UMNO telah kehilangan sokongan bangsanya dan sedang berikhtiar untuk memulihkan kembali sokongan kaumnya dan menjadi kuasa yang berpengaruh besar dalam BN. MCA khususnya pemimpin-pemimpin utamanya seperti Dr Chua Soi Lek, Ketua Pemudanya dan beberapa orang yang lain sedang mengambil kesempatan diatas kelemahan Najib yang tidak berani mengambil keputusan yang tegas kerana sifatnya yang takut kepada tekanan bangsa lain keatas beliau.
Najib adalah pemimpin yang tidak pernah melalui krisis dan beliau selalu sahaja mengambil sikap mengambil hati orang lain sehinggakan menjadikab beliau seolah-olah berjuang untuk bangsa lain dan meminggirkan kepentingan bangsanya yang diwakili oleh parti yang beliau sendiri menjadi Presidennya.
Chua Soi Lek telah banyak mengecilkan hati kita semua dan dengan sikap Najib yang dikatakan oleh setengah pihak sebagai tidak mempunyai ‘batu pelir’. UMNO sekarang ini sedang menjadi ‘punching bag’ bagi MCA dalam usaha parti itu mendapatkan sokongan dari bangsanya. Yang anehnya Najib tidak menyedari yang UMNO tidak akan mendapat sokongan kaum Cina melalui MCA kerana MCA sudah dipulaukan oleh bangsanya sendiri.
Jadi akhirnya nanti Najib ditakuti akan berdiri kesaorangan tanpa mendapat sokongan kaum Cina dan disamping itu ditinggalkan oleh bangsanya sendiri kerana terlalu berlembut dan berkompromi dengan pemimpin MCA sehinggakan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai pemimpin Melayu. DAN akhir sekali Najib akan mengalami situasi dalam mana yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.
Najib nampaknya terpaksa bersilat dengan menunjukkan kemelayuan beliau didalam perhimpunan agung UMNO dan mempamerkan sebagai seorang yang liberal didalam perhimpunan agung MCA. Sampai bila beliau hendak melakukan lakunan ini beliau sahajalah yang tahu.
Oleh sebab keadaan ini maka perhunungan diantara kaum kini sangat mencemaskan kepada sesiapa yang sedar dan insaf tentang bahayanya. Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana ketegangan ini kerana kita adalah parti dan pihak yang memerintah. Masakan orang secara suka-suka untuk berselisih faham. Tentu ada penyebabnya. Penyebabnya tentulah oleh kerana kelemahan pihak yang memerintah untuk mengendalikan sentiman kaum ini dengan cara yang tidak betul. ‘There must be a cause for a cause’.
Kelemahan kitalah yang menyebabkan pihak-pihak ini bermusuh. Tetapi kita tidak segan silu menyalahkan orang lain kerana keadaan yang merbahaya ini. Ucapan yang bergegar yang disampaikan oleh Najib semalam bukan boleh memperbaikki keadaan. Sebagai pemerintah kita tidak boleh mengikut lenggang dan lengguk pembangkang. Kalau kita mengikut lengguk pembangkang maka kita telah menunjukkan kepada rakyat yang kita ini layaknya untuk menjadi pembangkang.
Kita perlu bersikap sebagai parti pemerintah. Apakah dia ‘attribute’ sebuah parti yang memerintah? Jawpapannya ialah dengan menunjukkan sikap yang baik dari segi politik dan moralnya. Apa dia sikap moral yang diterima rakyat? Jawapannya ialah kita mesti dan berwajib untuk menghindarkan diri dari rasuah dan salah gunakuasa.
Selagi pemimpin kita masih bergelumang dengan rasuah, apa pun perancangan yang baik tidak akan berjaya dilaksanakan. Rancangan yang baik tetapi perlaksanaannya diselaputi oleh rasuah dalam bentuk ‘kick back’ dan sebagai akan diketahui umum. Apabila kita melakukan kejahatan, walaupun didalam batu yang pejal sekali pun akhirnya akan diketahui umum juga akhirnya.
Mungkin Akta Rahsia Rasmi boleh mengelak dan membantu siperasuah dari hukuman tetapi hakikatnya rakyat akan tahu juga, apatah lagi Tuhan yang Maha Esa. Tidak ada parti atau kerajaan yang rasuah tidak menerima hukuman karma. Bacalah mana-mana sejarah sekali pun, jika ada berlaku kekecuhan ianya mestilah bersabit dengan rasuah atau salah guna kuasa.
Persoalannya sekarang, mampukah BN pimpinan Najib sekarang ini membersihakan parti dan negara dari persepsi yang kerajaan kita adalah kerajaan rasuah sebelum menghadapi pilihanraya yang akan datang ini?
Sedangkan daki dibadan kita susah untuk dibersihkan, apatah lagi daki-daki kotor rasuah yang telah dipersepsikan oleh rakyat mampu dibersihkan dalam masa yang singkat? Harapan untk UMNO dianggap akan keluar dari persepsi rasuah ini hanyalah dengan menukarkan kesemua kepimpinan tertinggi sebelum pilihanraya ini untuk memberikan harapan kepada rakyat yang barisan kepimpinan yang baru itu akan memberikan kebarangkalian untuk lebih bersih dari mereka yang ada sekarang ini.
Untuk sampai kearah itu maka kesanggupan barisan yang ada pada hari ini untuk berkorban dengan mengundurkan diri mesti dilakukan. Tetapi sanggupkah mereka yang gila kuasa ini sanggup berkorban untuk parti mereka? Jawapannya ialah SUSAH! Mereka lebih rela mengorbankan parti mereka dari mereka berkorban untuk parti yang selama ini telah memberikan mereka segala kehendak mereka.
Mereka sanggup jatuh bersama parti mereka, namun untuk berundur bagi kepentingan parti, bagi mereka itu adalah kerja yang ‘bodoh’. Sekarang ini kepimpinan UMNO yang ada pada hari ini terpaksa memilih satu diantara dua pilihan; samada dikorbankan atau sanggup berkorban.
Jika pimpinan sanggup melihat parti yang mereka telah menjadi dan memimpinnya tumbang maka jelas yang mereka adalah digulungkan diantara mereka yang tidak sanggup berkorban kerana parti mereka.
Kata-kata dan janji untuk berkorban hanyalah retorik politik biasa yang tidak membawa apa-apa makna kepada perjuamgan dan negara.
[Sumber]

No comments
Post a Comment