Pengasas Facebook pindah rumah

LOS ANGELES - Pengasas laman sosial Facebook yang bertaraf bilionair, Mark Zuckerberg, 26, berpindah dari rumah yang terletak di Palo Alto, California, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia keluar dari kediaman dua tingkat yang dilengkapi empat bilik tidur, perabot termasuk ruang belajar yang mempunyai satu komputer riba itu.

Setakat ini, lokasi rumah baru pengasas Facebook itu tidak diketahui.

Zuckerberg sebelum ini tinggal di rumah tersebut bersama teman wanitanya, Priscilla Chan yang juga merupakan bekas guru dan kini sedang mengikuti latihan sebagai pakar pediatrik.

Billionair itu pernah membenarkan kru-kru rancangan televisyen, Oprah Winfrey Show pada September lalu untuk merakamkan kediamannya.

Dia memilih untuk tinggal di rumah tersebut sejak dua tahun lalu kerana berdekatan dengan ibu pejabat Facebook untuk memudahkannya bekerja.

Zuckerberg dikatakan bekerja hampir 24 jam sehari.

Kediaman tersebut kini sedang disenaraikan di laman web untuk disewa dengan harga AS$7,850 (RM24,783).

Semasa menyewa, dia membuat perjanjian dengan tuan rumah dari sebulan ke sebulan.

Namun, pemilik rumahnya kini mencari penyewa yang menyewa rumah selama 12 bulan.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, rumah tersebut mempunyai ciri-ciri menarik seperti dapur yang dilengkapi ruangan, ruang tamu yang luas dan menghadap dapur serta tempat pemanasan badan. - Agensi

No comments

Powered by Blogger.