Chegu Bard kekal bersama PKR
Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard hari ini menamatkan segala spekulasi berhubung kedudukan beliau dalam PKR apabila mengumumkan pendirian beliau untuk kekal bersama perjuangan parti itu.
Dalam kenyataan akhbar sulong beliau selepas pemilihan yang dikeluarkan pada jam 2.00 pagi tadi turut menegaskan pendirian beliau yang akur terhadap apa yang terjadi sepanjang pemilihan namun pada masa yang sama enggan mengiktiraf keputusan pemilihan tersebut.
"Jawatan bukan alasan untuk bekerja. Saya tegaskan, tanpa jawatan peringkat pusat saya akan terus setia dalam memperkasakan parti.
Saya masih yakin PKR merupakan parti terbaik dalam melaksanakan reformasi dalam negara. Namun PKR juga seharusnya sedia dalam menjamin demokrasi yang telus dalam parti.
"Saya dengan ini menyatakan akur apa yang berlaku tetapi sama sekali tidak mengiktiraf keputusan pemilihan PKR 2010. Saya masih juga menantikan penjelasan bertulis dalam perkara yang saya bangkitkan," menurut kenyataan tersebut.
Menolak tawaran jawatan lantikan
Chegu Bard turut menyatakan pendirian beliau yang menolak semua jawatan lantikan yang mungkin ditawarkan kepadanya selagi beliau tidak menerima penjelasan dari parti berhubung aduan-aduan penyelewengan ketika pemilihan yang telah dibuat beliau sebelum ini.
"Saya telah menghantar bantahan bertulis. Bantahan yang telah menyenaraikan perbagai kepincangan ini tidak mendapat respon bertulis setakat ini.
"Sehubungan dengan itu saya juga menolak semua jawatan lantikan yang bakal ditawarkan selagi tidak mendapat penjelasan bertulis mengenai apa yang saya bangkitkan dalam bantahan.
"Ini bukan soal jawatan tapi soal ketelusan. Jika saya menerima lantikan dalam keadaan aduan saya juga gagal diperjelas secara bertulis, ini akan membawa erti saya berkompromi dengan sesuatu yang saya pertikaikan," katanya lagi.
Sebelum ini FMT difahamkan oleh satu sumber terdekat Chegu Bard, menyatakan Ketua Umum PKR, Dato Sri Anwar Ibrahim telah menghubungi Chegu Bard sejurus tamat Kongres PKR untuk menawarkan jawatan dalam parti.
Namun menurut sumber itu lagi, tawaran tersebut telah ditolak dengan berhemah oleh Chegu Bard dengan menyatakan pendirian beliau yang tidak mengutamakan jawatan melainkan mahukan ketelusan dan perjuangan dalam parti.
Di samping itu, Chegu Bard turut membidas sikap tidak profesional pemimpin dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dengan menyamakan jawatankuasa terbabit dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) ketika proses pemilihan parti itu berlangsung.
Membangkitkan soal ketelusan
"Yang dibangkitkan ialah soal ketelusan bukan siapa kalah atau menang. Kita sering mempersoalkan ketelusan SPR namun apabila kita berdepan dengan cabaran yang sama, kita gagal melaksanakan ketelusan tersebut.
"Melaksanakan agenda satu anggota satu undi adalah satu penciptaan sejarah yang berani. Amat memahami ini proses baru dan banyak kelemahan, tetapi tidak sama sekali berkompromi apabila alasan ‘baru’ itu sebagai alasan untuk melakukan ketidak telusan dan ‘menyapu dibawah pemaidani’.
Beliau turut membangkitkan apa yang didakwanya sebagai penyelewengan dan penipuan sepanjang pemilihan berlangsung termasuk pemilihan Pengerusi Tetap yang diadakan ketika kongres parti itu baru-baru ini.
"Pertikaian muncul dari proses penamaan pemilihan cabang, pencalonan jawatan pusat dalam mesyuarat cabang, proses pengundian pusat sehinggalah pemilihan Pengerusi Tetap dengan cara angkat tangan.
"Semua yang hadir termasuk pemerhati dan media menyaksikan bagaimana undi angkat tangan memilih pengerusi tetap dalam Kongres AMK Pusat pun kiraannya ditipu," menurut kenyataan itu lagi.
Dalam kenyataan beliau itu turut melahirkan penghargaan kepada mereka yang memberikan sokongan kepada calon-calon yang mendukong manifesto Manifestasi Anak Muda-Penerus Perjuagan Reformasi pimpinan beliau yang berkempen dalam keadaan kewangan yang terhad sekaligus menolak politikus yang mengamalkan politik naungan.

No comments
Post a Comment