Kerajaan Pakatan peka terhadap krisis iklim

SHAH ALAM, 22 Dis – Kerajaan Selangor bersama-sama kerajaan negeri dan daerah dari serata dunia menandatangani persetujuan mempertingkatkan usaha bersama menangani pengeluaran gas rumah hijau, menggalakkan penggunaan tenaga dengan lebih cekap sambil menjana tenaga dari sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Melalui perjumpaan di Cancun Mexico untuk ‘Climate Leaders Summit’ sempena perbincangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang telah menandatangani perjanjian tersebut.

Ketika kerajaan-kerajaan peringkat negara gagal mencari persetujuan dalam usaha menangani perubahan iklim, kerajaan-kerajaan negeri dan daerah telah mengambil inisiatif melawani krisis ini.

Kedua-dua negeri Pakatan Rakyat ini merupakan kerajaan pertama yang di Asia yang menyertainya.

“Perubahan iklim akan membawa kesan terhadap pertanian, sumber air, kestabilan cuaca, keselamatan persisiran pantai dan kualitinhidup kita semua,” jelasnya.

Walaupun pada tahun lalu di persidangan iklim Compenhagen, Perdana Menteri menyuarakan janji-janji bagi mengurangkan gas rumah hijau sebanyak 40 peratus pada tahun 2020, tetapi Malaysia belum melihat sebarang tindakan diambil.

“Malah kekeliruan Perdana Menteri adalah rancangan untuk memaksa penggunaan nuklear walaupun dibantah oleh rakyat Malaysia kerana ini akan mengakibatkan bencana ekonomi dan alam sekitar,” kata Adun Bukit Lanjan

Pada 2011 kerajaan Selangor merancang menambah usaha untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai perubahan iklim serta menggalakkan rakyat dan pihak bisnes untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.

No comments

Powered by Blogger.