Laporan WikiLeaks dialih bahasa

AMMAN: Dua laman web Jordan mula menterjemah ke bahasa Arab kabel diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat disiarkan WikiLeaks membabitkan urusan Washington dan Amman.

Laman web itu, AmmanNet.net dan 7iber.com, menegaskan mereka mahu memberi maklumat kepada penduduk Jordan dan orang Arab mengenai kabel rahsia itu.
Pada masa sama, mereka juga meminta bantuan penterjemah berpengalaman. Satu daripada kabel itu menyatakan pegawai Jordan menyuarakan kebimbangan sebarang perang di antara Amerika dan Iran akan melemahkan golongan sederhana Arab.

Pengurus laman web AmmanNet, Mohammad Ersan pula menggesa mana-mana pihak mewujudkan ‘WikiLeaks Jordan’ bagi memberi peluang kepada warga negara itu menyiarkan bahan yang penting. – Agensi

No comments

Powered by Blogger.