Pelancong terselamat dakwa nampak asap sebelum kenderaan terbabas

IPOH: Seorang daripada pelancong Thai yang terselamat dalam kemalangan maut di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ternampak asap di bahagian luar tepi bas persiaran sebelum ia terbabas.

"Ketika bas menuruni kawasan bukit itu, anak saya menceritakan yang dia nampak asap di bahagian luar tepi bas berkenaan,” kata Nasir Ismail, 51, yang anaknya, Areena Songserm (nama Islam Areena Nasir) antara 10 yang cedera.

Nasir berkata, Areena memberitahunya apabila bas merempuh pembahagi jalan dan terus terbalik di dalam longkang besar, dia cuma ingat yang dia cuba merangkak keluar.
Nasir tiba kira-kira 9 pagi semalam di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk melawat Areena yang mengalami cedera ringan di bahagian kepala dan badan dan kini dirawat di wad biasa hospital.

“Anak saya beritahu, selepas dia merangkak dan dapat keluar dari badan bas, dia kata dia masih dapat melihat asap pada bas berkenaan. Bagaimanapun, dia tidak dapat pastikan tahap kelajuan bas terbabit semasa sedang menuruni kawasan bukit itu,” katanya kepada pemberita.

No comments

Powered by Blogger.