Lesen sementara untuk pengusaha burung walit akan dikeluarkan melalui PBT
SHAH ALAM 21 Dis – Sementara menunggu garis panduan pengusahaan sarang burung walit siap dirangka, Kerajaan Selangor melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengeluarkan lesen sementara kepada pengusaha sarang burung walit yang beroperasi di Selangor.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu berkata, usaha ini adalah bagi memastikan pengusaha burung walit, berdaftar dengan PBT sebagai langkah pertama dalam mengawal aktiviti para pengusaha supaya tidak bercanggah dengan Jabatan Haiwan dan perundangan negara.
“Jadi sebelum kita ada garis panduan untuk seluruh Selangor, kita mengambil keputusan hari ini bahawa semua PBT yang berkaitan dengan industri burung walit ini, mereka boleh keluarkan lesen sementara mulai tahun depan untuk semua pengusaha burung walit,” katanya lagi.
Beliau menjelaskan, sekurang-kurangnya enam bulan lagi diperlukan untuk merangka garis panduan yang boleh diguna pakai oleh pengusaha sarang burung walit dan jangkamasa ini akan menyebabkan kerajaan hilang pendapatan yang boleh dijanakan daripada industri ini.
“Kita akan keluarkan satu garis panduan untuk burung walit di Selangor, tetapi kerana ada ‘technicality’ dari segi undang-undang, kita akan berkerjasama dengan Jabatan Haiwan,” kata beliau.
Ronnie berkata lagi, walaupun setakat ini belum ada perincian berkenaan jumlah bilangan dan hasil industri ini, tetapi terdapat banyak pengusaha yang mengusahakan tuaian sarang burung walit ini secara haram, contohnya dalam kawasan Kuala Langat, hanya empat pengusaha sahaja yang berdaftar sehingga kini.

No comments
Post a Comment