Kemalangan bas pesiaran berpunca daripada pemandu dan masalah teknikal

IPOH, 21 Dis – Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, polis percaya kemalangan bas pesiaran yang mengorbankan 25 pelancong Thai dan dua rakyat tempatan semalam berpunca daripada sikap pemandu dan masalah teknikal bas berkenaan.

Beliau menafikan dakwaan kononnya kemalangan di KM15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 11.40 pagi itu disebabkan oleh tompokan minyak di laluan terbabit.

Bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini, Zakaria bagaimanapun berkata terpulang kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Puspakom dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Komersial untuk menentukan punca sebenar kemalangan itu.

Dua rakyat tempatan yang terkorban ialah pemandu bas dan pemandu pelancong.

-Bernama

No comments

Powered by Blogger.