Majlis Peguam Sokong Konsep ‘Plea Bargaining’
SHAH ALAM, 14 Dis – Majlis Peguam Malaysia menyokong dengan konsep pengurangan hukuman sebanyak 50 peratus terhadap pengakuan bersalah tertuduh kata Presidennya Ragunath Kesavan.
Semalam Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berkata konsep itu akan dapat menyegerakan penyelesaian kes-kes jenayah disamping mengurangkan kes-kes tertunggak, dan menurutnya penyelesaian kes-kes sedemikian ketika ini berjalan dengan pantas.
Konsep ‘plea bargaining‘, atau tawaran terhadap pengakuan bersalah bagi mengurangkan pertuduhan dan hukuman yang akan membolehkan tertuduh dalam kes-kes jenayah memperolehi hukuman yang diringankan 50 peratus daripada hukuman maksima, akan dilaksanakan secara rasmi oleh mahkamah tidak lama lagi.
Azmi berkata pihak pendakwaan dan yang dituduh dalam kes-kes di mana hukumannya adalah mati, boleh memohon ‘plea barganing’ sebelum mahkamah meneruskan perbicaraan.
Menurut Ragunath yang dihubungi Selangorkini konsep ini akan membantu mahkamah melicinkan perjalanan sistem keadilan.
” BAR Council menyokong kepada pindaan kanun jenayah berkenaan dengan ‘plea bargaining’
“Konsep plea bargain adalah satu konsep yang memang ketara dalam sistem keadilan jenayah dan kami percaya dengan plea bargain akan membantu mahkamah dan manfaat kepada tertuduh dan juga kepada sistem,” katanya.
Kata Ragunath lagi,konsep ini tidak akan menyebabkan berlakunya salahguna mana-mana pihak kerana keputusan muktamad adalah pada pendakwaraya.
“Sebab pindaan tersebut ada mengambil kira perkara tersebut,seseorang tertuduh boleh membuat permohonan terpulang kepada pendakwaraya samada untuk menerima ataupun tidak,jadi untuk salahguna susahlah sebab keputusan muktamad masih kepada pendakwaraya untuk terima ataupun tidak,” ujarnya.
“Plea bargain ini terpulang kepada kes kalau kes-kes jenayah berat misalnya,kes yang melibatkan kepentingan awam terlibat,kes di mana bukti kukuh terhadap OKT ada saya percaya pendakwaraya tidak akan setuju untuk plea bargain,”katanya lagi.

No comments
Post a Comment