Undur dari Chelsea, Ancelotti latih Roma
ROMA: Media-media Itali hari ini melaporkan pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti, telah membuat janji dengan Pengarah Roma Bruno Conti untuk melatih kelab itu pada musim depan.
Ertinya, Ancelotti akan undur dari Chelsea mulai Jun tahun depan.
Impero Romanista mendakwa Ancelotti merupakan jurulatih yang paling diinginkan para penyokong Roma. Jurulatih sekarang, Claudio Ranieri, masa depannya tidak jelas kerana belum diperbaharui kontrak.
Pelbagai hasil buruk dan ketidakpastian masa depan kelab membuat perbincangan kontrak di antara kedua belah pihak kini tertunda. Carletto dinilai sebagai jurulatih yang paling sesuai jika kontrak Ranieri tidak dilanjutkan .
Ancelotti ketika ini juga sedang mengalami masa-masa sulit di liga perdana Inggeris. Posisi bekas jurulatih AC Milan dan Juventus itu tengah goyah setelah hasil buruk "The Blues" dalam beberapa minggu terakhir. Carletto bahkan mengaku sering mendapat telefon dari bosnya, Roman Abramovich.
Seperti kita ketahui, Abramovich tidak pandang bulu dalam memecat jurulatih. Pelatih sekaliber Jose Mourinho dan Luis Felipe Scolari pernah dia pecat. Jadi, tidak ada kepastian bahwa masa depan Ancelotti akan selamat di Stamford Bridge.
Dalam beberapa kesempatan, Ancelotti pernah mengungkapkan cita-citanya mahu kembali ke Roma. Ini kerana saat masih aktif bermain, Don Carletto merupakan pujaan penyokong Roma.
Ia pernah memperkuat "I Giallorossi" selama lapan tahun. Dalam tempoh waktu tersebut, Ancelotti juga turut menyumbangkan satu scudetto dan empat Piala Itali.
"Jika boleh memilih untuk menghabiskan karier jurulatih di satu kelab, saya ingin menghabiskannya bersama AS Roma. Roma adalah kota paling mengagumkan di dunia. Anda akan kesulitan mencari kota yang setanding dengan Roma," ujar Ancelotti beberapa waktu lalu.

No comments
Post a Comment