Minta kerajaan negeri selesaikan isu geran

SHAH ALAM, 14 Dis - Penduduk Taman Murni, Sepang, merayu kerajaan negeri supaya segera selesaikan masalah pembahagian geran milikan rumah individu bagi hampir 500 pemilik rumah dan rumah kedai biarpun memakan masa hampir 15 tahun.

Kelmarin, bertempat di Balai Raya Taman Murni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu, hadir bagi sesi taklimat mengenai pemilikan geran rumah individu yang gagal diperolehi, biarpun hampir kesemua pemilik rumah berjaya menjelaskan

“Taman Murni ni dikatakan sudah berbelas tahun tidak ada geran, tidak ada CF (sijil layak menduduki) kerana sebelum pemaju gulung tikar, dia tidak bayar premium, tidak ada pecah tanah, banyak prosedur dia tak buat.

“Kegagalan pemaju menjelaskan cukai tertunggak kepada kerajaan negeri berjumlah RM181,127.10 dikatakan punca penduduk gagal memperoleh geran milikan masing-masing dan apabila disemak, didapati pemaju berkenaan telah lesap dan diisytiharkan muflis, menyebabkan hutang cukai gagal dijelaskan,” jelas Ronnie.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran itu lagi, harapan penduduk agar jaminan yang diberikan kerajaan negeri untuk memberi geran dalam tempoh enam bulan akan ditunaikan.

“Kita harap dapat menyelesaikan masalah dalam masa enam bulan, kita harap mudah-mudahan kita boleh selesaikan masalah ni,” katanya.

Pada sesi taklimat berkenaan, penduduk diminta menjelaskan bayaran ukur tanah, RM300 bagi pemilikan kediaman dan RM400 bagi pemilikan rumah kedai, selain RM100 pula dikenakan bagi premium dalam tempoh dua minggu.

No comments

Powered by Blogger.