Nurul Izzah: Selamat Menyambut Awal Muharram
Hijrah Rasulullah S.A.W: Satu pedoman berharga.
Salam Maal Hijrah buat semua ,
Bersempena Maal Hijrah 1432 H, marilah kita kembali merenung kembali peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bersama dengan Saidina Abu Bakar RA dari Mekah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawarah di atas perintah Allah S.W.T untuk mensyiarkan agama Islam dan seterusnya untuk membebaskan kaum Muslimin dari penganiayaan dan penindasan kaum pemerintah Quraish di Mekah yang bukan sahaja menolak kebenaran tetapi juga keadilan sejagat.
Pertembungan diantara kebenaran dan kebatilan yang memerlukan hijrah sebagai satu gerak permulaan membawa seribu makna dan iktibar untuk semua pejuang kebenaran dan keadilan
Kaum Quraish jahiliyah yang memerintah menggunakan berbagai cara untuk menyekat Rasulullah saw dan umat Islam seperti menghalang perhimpunan, memecahbelahkan pakatan murni, salah gunakan kuasa kabilah, membatu api masyarakat, menangkap dan menyeksa sahabat-sahabat tanpa bicara dan menafikan hak bersuara. Ini merupakan corak penindasan pihak berkuasa tidak kira tempat dan zaman yang takut hilang kuasa kepada yang berhak.
Fitnah dan dakyah propaganda digunakan untuk menenggelamkan risalah kebenaran serta semangat perjuangan nyata gagal. Ideologi Ketuanan Quraish yang assabiyah yang mungkin juga diperkasakan sebagai usaha 1Quraish tidak berjaya membunuh risalah kebenaran dan keadilan.
Kegagalan membunuh fahaman dan personaliti Rasulullah saw membawa kepada konspirasi pemuda 1Quraish untuk membunuh nyawa baginda telah menjadi pencetus permulaan hijrah itu sendiri. Baginda berjaya melepaskan diri dengan muslihat Saidina Ali r.a. menjadi pengganti di tempat tidur baginda.
Musuh merancang tetapi Allah lagi baik merancang. Ini adalah keyakinan dan kekuatan sebenar pejuang sepanjang zaman iaitu Allah tetap bersama tidak kira betapa hebat, kaya, lantang, teratur dan kuat musuh itu.
Hijrah juga kisah dan iktibar ini yang paling hebat dan indah dalam kanvas sejarah demi kebenaran, keyakinan dan keimanan. Penghijrahan Rasulullah di temani Saidina Abu Bakar RA memperlihatkan betapa tingginya nilai kesabaran Nabi Muhammad sebagai utusan Allah menyebarkan risalah kebenaran dan juga betapa hebatnya pengorbanan seorang sahabat yang sentiasa teguh memberi semangat dan sokongan kepada Rasulullah.
Penghijrahan Rasulullah telah membawa banyak pengajaran yang bolah diteladani lantaran disinilah bermulanya perkembangan Islam yang lebih gemilang. Ia jelas telah membawa banyak perubahan dalam corak perkembangan Islam dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial termasuk politik. Justeru, di era modenisasi dan globalisasi ini kita seharusnya tidak terus memandang enteng akan jaluran sejarah ini sedangkan jika kita amati, pengaplikasian semangat dan kekuatan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat bakal memberikan seribu satu loncatan kepada kemajuan dan perubahan jatidiri kita sebagai umat Islam dan juga rakyat Malaysia yang merdeka.
Jika dulu boleh terjalin ikatan perpaduan antara kaum ansar dan muhajirin, maka semangat yang sama harus kita semarakkan dalam menjalinkan hubungan sesama kaum cina, melayu, india dan seluruh kaum di Malaysia.
Kita perlu sedar bahawa setiap kejayaan dalam bentuk kemajuan ataupun keharmonian tidak akan diperolah dengan mudah. Sebaliknya ia perlu melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan tenaga dan jiwa raga. Kita perlu melakukan pengorbanan untuk membawa perubahan. Ini kerana tiada perubahan yang tidak memerlukan pengorbanan. Perubahan adalah suatu tuntutan dalam kehidupan manusia. Ia meliputi perubahan daripada perkara yang buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik.
Dengan kesedaran untuk berubah lantas disusuli dengan tindakan dan modus pergerakan yang tepat bakal memberi kesan yang munasabah pada masyarakat dan negara. Oleh yang demikian, sambutan terhadap Tahun Baru Hijrah harus diikuti dengan usaha melakukan perubahan pada diri dan masyarakat kita agar penyelewengan dan kepincangan sosial dapat diperbetulkan. Keadilan rakyat haruslah ditegakkan, hapuskan diskriminasi dan kejahilan demokrasi demi kesejahteraan rakyat semua. Ayuh berubah dengan semangat hijrah!

No comments
Post a Comment