Perutusan Maal Hijrah 1432 Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Di Madinah, Rasulullah SAW telah membina sebuah tamadun dan pemerintahan yang berteraskan keadilan, kebebasan, integriti dan prinsip tadbir urus yang baik. Selain menjamin hak umat Islam, pentadbiran Rasulullah SAW juga turut memelihara kebajikan golongan bukan Islam dan kaum Yahudi yang sebelum ini begitu mencurigai sistem keadilan Islam.

Jika direnung kembali konsep pentadbiran Rasulullah SAW, — meski pun Baginda berbangsa Arab Quraisy — tidak pernah sekali pun Baginda melebih dan meletakkan keutamaan kepada kaumnya semata-mata. Baginda juga tidak pernah melaung-laungkan slogan perkauman atau retorik ‘ketuanan Arab’ dalam usaha mendapatkan sokongan dari penduduk Madinah.

Justeru, atas semangat dan iktibar yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW dan para khalifah Islam terdahulu, marilah kita sama-sama membina tekad dan iltizam untuk berhijrah dari kebobrokan ke arah kebaikan dengan menegakkan keadilan dan kebebasan di negara ini serta menjamin hak-hak rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Sempena menyambut kedatangan tahun baru Hijrah hari ini, saya mewakili seluruh pimpinan dan anggota KEADILAN mengucapkan Salam Ma’al Hijrah buat seluruh umat Islam. Bersama-sama kita pacu perubahan!

DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL

No comments

Powered by Blogger.