Penyerahan memorandum – tindakan polis guna kekerasan dikesali

KUALA LUMPUR, 5 Dis - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmah mengecam tindakan polis menggunakan kekerasan terhadap penyokong baju merah di sekitar Masjid Negara.

Mereka, berkumpul di Masjid Negara untuk menyertai perhimpunan perarakan menyerahkan memorandum dan petisyen ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’.

Sebelum itu, cubaan pelbagai pihak termasuk polis dengan mengadakan halangan serta sekatan jalanraya gagal membendung lebih 10,000 rakyat berkumpul di Istana Negara bagi menyertai perarakan ‘kembalikan hak air rakyat’ menyerah memorandum kepada Istana Negara.

Penyerahan memorandum berkenaan diketuai oleh Menter Besar Tan Sri Khalid Ibrahim serta pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat lain.

Ahli Parlimen Kota Damansara, Dr Nasir Hashim adalah antara puluhan peserta himpunan berkenaan yang ditahan oleh polis di Kuala Lumpur Sentral dan Muzium Negara.

Turut ditahan ialah setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, S. Arutchelvan Selvararaj dan beberapa peserta lain yang memakai baju berwarna merah.

Dr Dzulkefli berkata, beliau akan membawa usul kekerasan polis terhadap orang awam ke parlimen pada sesi akan datang.

“Amat malang tindakan polis bertindak keterlaluan dalam kezaliman.

“Kalau polis boleh benarkan Menteri Besar ke Istana Negara mengapa tidak benarkan masyarakat di sini berhimpun,” kata beliau.

Dr Dzulkefli berkata, beliau akan memastikan penyokong baju merah bersurai selain memberi jaminan polis akan membebaskan 70 orang yang ditahan hari ini.

No comments

Powered by Blogger.