Cik Puan Elia Suhana masih Isteri Sultan Ismail Petra Yang Sah

CIK PUAN ELIA SUHANA MASIH ISTERI SULTAN ISMAIL PETRA YANG SAH

Alhamdulillah, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Kota Bharu, Abdullah Man, telah memutuskan pada hari ini, 5 Disember 2010, bahawa ikatan perkahwinan di antara Sultan Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana masih sah sekaligus mengekalkan kedudukan Cik Puan Elia Suhana selaku isteri kedua Sultan Ismail Petra.

Sewaktu menolak permohonan pengesahan cerai talak tiga yang didakwa telah dilafazkan oleh Sultan Ismail Petra ke atas Cik Puan Elia Suhana di Singapura pada 12 Februari 2010 yang dikemukakan oleh Datin Nik Rorhana, Hakim Abdullah Man memutuskan bahawa:

1. Mengikut hukum syarak, Datin Nik Rorhana selaku pihak ketiga memang diakui mempunyai hak untuk mengemukakan permohonan bagi memfailkan dakwaan perceraian tersebut.

2. Datin Nik Rorhana bagaimanapun gagal mengemukakan saksi-saksi yang mencukupi bagi membuktikan telah berlakunya lafaz talak sepertimana yang didakwa (hanya seorang sahaja daripada saksi-saksi yang beliau kemukakan boleh diterima oleh mahkamah).

3. Usaha hakim mendapatkan pengesahan lafaz cerai dari Sultan Ismail Petra tidak boleh diterima kerana ia tidak memenuhi prosedur mahkamah (permintaan defendan supaya ia dihadiri oleh plaintif, defendan dan peguam bela kedua-dua belah pihak telah tidak dipenuhi; dan hakim tidak boleh bertindak selaku seorang saksi).

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.