Polis lepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah peserta (Kemaskini)
KUALA LUMPUR 5 Dis – Berikut adalah laporan terkini sekitar suasana dan keadaan di beberapa kawasan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Istana Negara bagi program perhimpunan aman ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’.
Berikut adalah kronologi terkini.
2.20pm – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyerahkan memorandum dan petisyen 100,000 ribu rakyat Selangor kepada wakil istana. Beliau kini sedang memberikan kenyataan kepada wakil media. Sementara itu, lapan ditahan di hadapan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.
2.10pm – Polis melepaskan tujuh das gas pemedih mata dan meriam bagi menghalang lautan manusia. Para peserta kini mengarah ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur. Kereta yang dinaiki Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pemimpin bagaimanapun dibenarkan menuju ke Istana Negara.
2.03pm – FRU melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta dan merempuh perarakan tanpa sebarang amaran
1.55pm – Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya berkata penswastaan air pada 2004 lalu membebankan rakyat di Selangor ,Putrajaya dan Kuala Lumpur. Usaha kerajaan negeri katanya, adalah untuk menghentikan episod kerakusan rejim terdahulu demi kebajikan rakyat. Khalid juga menyeru ribuan peserta supaya berjalan berarak ek Istana dengan tenang dan berdisiplin
terima kasih kepada sumber Dan team
No comments
Post a Comment