Menteri Besar Selangor serah memorandum dan petisyen kepada wakil istana, polis cuba halang adakan sidang media

KUALA LUMPUR 5 Dis - Berikut adalah laporan terkini sekitar suasana dan keadaan di beberapa kawasan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Masjid Negara, Masjid Jamek dan Istana Negara bagi program perhimpunan aman ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’.

Berikut adalah kronologi terkini.

2.40pm – Dua lagi ditahan di bulatan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

2.30pm – Sedikit kekecohan berlaku apabila polis cuba menghalang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid mengadakan sidang media di depan pintu utama Istana Negara.

Tindakan polis bagaimanapun dibantah oleh Exco Selangor yang turut mengiringi Khalid menyerahkan petisyen dan memorandum, dengan alasan bahawa polis langsung tidak mengganggu ketika kumpulan bertentangan, GAPS, mengadakan sidang media di tempat yang sama sebelum itu.

Turut mengiringi Khalid ialah Yaakob Sapari, Elizabeth Wong, Xavier Jayakumar, Iskandar Abdul Samad serta Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

terima kaih kepada sumber

No comments

Powered by Blogger.