Polis Serbu Dan Rempuh Masjid Negara, Tangkap Rakyat!

KUALA LUMPUR 5 Dis - Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga air kepada Istana Negara manakala polis terus melepaskan tembakan gas pemedih mata dan pancutan air meriam ke arah rakyat yang turut serta dalam perhimpunan raksaksa berkenaan.

Polis Simpanan Persekutuan merempuh Masjid Negara untuk melakukan tangkapan. Sekurang-kurangnya 10 orang ditangkap setakat ini.

Berikut adalah kronologi terkini.

2.58pm – Polis mula menyerbu ke dalam perkarangan Masjid Negara. Dilaporkan dua peserta ditangkap

2.55pm -Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu media, kerajaan Selangor akan menawarkan sejumlah RM6 bilion kepada konsesi air Syabas.

“Kita telah menerima surat daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang bersetuju supaya kerajaan negeri membuat tawaran penstrukturan semula air di negeri Selangor.

“Kerajaan Selangor akan menawarkan secepat mungkin kepada kementerian,” kata beliau.

Keadaan masih terkawal sementara pasukan FRU kelihatan telah bersurai.

2.40pm – Dua lagi ditahan di bulatan Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

No comments

Powered by Blogger.