Sabah tarikh balik elaun RM300 untuk penduduk miskin
Oleh Luke Rintod
KOTA KINABALU: Beratus-ratus penduduk warga emas beragama Kristian yang menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 seorang di beberapa daerah di Sabah tidak lagi menerima "elaun" itu tanpa sebarang notis.
Seorang penduduk berusia 69 tahun dari Kota Belud berkata, kali terakhir beliau menerima elaun itu ialah bulan Ogos tahun ini.
Kini, menghadapi hari Krismas yang suram, beliau berkata, "kami perlukan sedikit wang. Hari Krismis menjelang tiba……kami perlukan sedikit wang."
"Apabila saya datang ke pejabat daerah Kota Belud hari tu untuk bertanya mengenai bantuan itu, saya terperanjat apabila diberitahu oleh seorang kakitangan di situ bahawa saya tidak layak mendapat bantuan itu kerana saya mempunyai telefon bimbit dan jam tangan," katanya.
Warga emas itu berkata, bukan beliau seorang sahaja yang menerima nasib yang sama di Kota Belud.
Beliau berkata, kakitangan seksyen kebajikan memberitahu warga emas yang lain bahawa akan dibuat "tapisan" baru terhadap "rumah-rumah" untuk memastikan sama ada mereka layak untuk menerima bantuan itu.
Kajian ringkas terhadap warga emas mendapati ramai di antara penerima "bantuan warga emas" di Kota Belud menerima bantuan itu, kali terakhir pada Julai atau Ogos tahun ini.
Kajian itu juga mendapati kebanyakan daripada mereka yang menerima elaun itu yang diberhentikan adalah penduduk Kristian manakala penduduk Islam terus menerima bantuan itu sejak empat bulan lalu.
Keadaan tidak menentu
Kerajaan persekutuan menambah bantuan kebajikan kepada negeri, yang diperkenalkan tahun sudah, dari RM90 kepada RM300 untuk menampung keperluan kebanyakan keluarga, terutama warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya.
Di bawah skim itu, mereka yang berusia 60 tahun ke atas layak memohon bantuan kebajikan itu.
Garis panduannya menyebut hanya seorang ahli, sama ada suami atau isteri, boleh menerima bantuan itu walaupun terdapat beberapa pengecualian berhubung beberapa kes tertentu.
Seorang lagi warga emas dari Kota Belud, yang tidak lagi menerima bantuan itu tanpa sebarang notis sejak Ogos, tidak pasti apa yang harus dibuat kerana diberitahu untuk menunggu elaun RM300 itu yang tidak kunjung tiba.
"Mungkin Barisan Nasional sudah memberhentikan pemberian wang itu tapi kenapa orang lain terus dapat?," soal warga emas berusia 78 tahun ini yang enggan menyebut namanya.
Adalah difahamkan beberapa orang ibu tunggal dan mereka yang kurang upaya telah tidak lagi menerima elaun mereka sejak Ogos atau September.

No comments
Post a Comment