DRB Hicom bakal diterajui Tan Sri Syed Mokhtar
KUALA LUMPUR, 9 Dis – Jutawan terkenal yang rapat dengan Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dikatakan berkemungkinan mengambilalih syarikat konglomerat automotif terkemuka, DRB-Hicom dalam urusan jual beli yang berjumlah hampir RM2 bilion, lapor akhbar Business Times, hari ini, memetik sumber yang rapat dengan pelan tersebut.
“Pelan itu sedang dikaji, tetapi keputusan muktamad belum lagi diputuskan,” kata sumber yang tidak dikenalpasti .
Sementara itu, pihak DRB dalam reaksi spontan mereka, enggan mengulas lanjut.
Saham syarikat itu dilaporkan menokok 3.5 peratus pada harga RM1.76, pagi tadi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Syed Mokhtar telah ditawarkan oleh kerajaan bagi mengambil alih Penang Port Sdn Bhd (PPSB) , yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno, antaranya Pengerusi PPSB Datuk Seri Dr Hilmi Yahya dan pengarah urusannya Datuk Ahmad Ibnuhajar.
Konglomerat Syed Mokhtar itu turut diberikan lesen penyedia rangkaian 4G baru-baru ini manakala satu lagi subsidiarinya berminat untuk mendapatkan Lebuh Raya Utara-Selatan.
Pada 2 Disember lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua Ahli mempersoalkan tindakan pengambilalihan PPSB oleh Syed Mokhtar dan menuntut penjelasan sepenuhnya daripada kerajaan mengenai proses penswastaan tersebut.
Dengan merujuk kepada laporan spekulatif Business Times Singapura Oktober lalu, Pua berkata, jika pengambilalihan menjadi kenyataan, ia akan menjadi satu lagi tindakan bertentangan dengan banyak janji kerajaan yang mahu bertindak telus dan penuh akauntabiliti, yang dijanjikan oleh Model Ekonomi Baru (MEB) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pua juga menggambarkan langkah itu sebagai satu lagi proses penswastaan “ala-Dr Mahathir” dan mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengadakan tender terbuka bagi pembida terbaik membangunkan pelabuhan tersebut.

1 comment
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), Sehingga kamu masuk kubur.
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (At-Takaatsur 1-3)
Post a Comment