semua tuduhan rasuah terhadap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan

Pada sidang media itu, Hadenan juga berkata, semua tuduhan rasuah terhadap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan.

SPRM sebelum ini menyiasat Nik Aziz berhubung dakwaan “menaja” sebanyak RM65,000 untuk jemaah haji tahun lepas.

Badan itu turut menjalankan siasatan berhubung salah guna kuasa terhadap Nik Aziz apabila melantik menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai CEO PMBK – sebuah agensi kerajaan Kelantan.

“Peguam Negara mendapati tidak ada tuduhan yang dibuat, Nik Aziz juga tidak pernah menaja perjalanan jemaah Haji ke Mekah tahun lepas.

“Peguam Negara juga mendapati pelantikan Abdul Ariffahmi sebagai CEO adalah untuk mengubah nama jawatan dan MB mempunyai kuasa penuh untuk melantik (pegawai),” kata Hadenan.

Beliau bagaimanapun berkata siasatan SPRM juga telah menemui kelemahan-kelemahan dalam pelantikan pegawai tinggi kerajaan yang boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa.

“PPO berpendapat SPRM perlu untuk menasihati semua kerajaan negeri supaya memperbaiki sistem pentadbiran untuk mengelak mana-mana konflik kepentingan,” katanya.MI

No comments

Powered by Blogger.