Tarif Elektrik Mungkin Naik, Mari Kita Tengok Apa Alasan Bodoh Kerajaan

Kenaikan tarif mungkin tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada Tenaga Nasional Bhd memandangkan kemungkinan peningkatan harga gas asli, yang kini ditetapkan pada RM10.70/mmbtu atau harga arang batu, yang akan mengimbanginya.

"Kami menganggarkan bahawa kenaikan satu peratus mata dalam tarif, akan menaikkan pendapatan 2012 Tenaga sebanyak lapan peratus. Namun ia boleh diimbangi sepenuhnya oleh peningkatan enam peratus harga gas asli tetap," kata sebuah firma penyelidikan.

Ia berkata satu lagi faktor ialah kemungkinan peningkatan kos arang batu, yang menyumbang 48 peratus daripada perbelanjaan bahan api dalam tahun kewangan 2010.

Ia berkata demikian dalam laporan syarikat sebagai respons kepada berita bahawa Kabinet sudah bersrtuju secara dasarnya untuk menyemak semula tarif elektrik.

Harga arang batu Newcastle meningkat kepada US$109 satu tan pada masa ini daripada US$85 tan (US$=RM3.61) yang digabungkan dalam struktur tarif Tenaga yang sedia ada.

"Kami menganggarkan bahawa peningkatan lima peratus harga arang batu melepasi andaian unjuran tahun kewangan 2012 sebanyak US$100 satu tan, akan mengimbangi peningkatan satu mata peratus dalam tarif elektrik," katanya.

Firma penyelidikan itu berkata menerusi loji regasifikasi gas asli cecair Melaka dibangunkan pada kadar segera menjelang pertengahan 2012, rejim baharu tarif gas elektrik diperlukan.

"Pada pandangan kami, halangan utama terhadap pelaksanaan semakan tarif itu kini mendapat perhatian politik memandangkan kerajaan dilihat sedang menyiapkan diri untuk pilihan raya tahun depan," katanya.

Mengenai surat persefahaman antara Tenaga dan National Trading Company (NATCO) untuk bekerjasama dalam aktiviti khusus dalam industri tenaga di Yemen, firma penyelidikan itu berkata: "Jika perkara itu menjadi kenyataan, Tenaga dijangka memulakan perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan di Yemen.

"Kami neutral dalam projek ini, yang tidak mungkin menjana sumbangan ketara terhadap kumpulan dalam tempoh sederhana."

Firma penyelidikan itu mengulangi saranan "simpan" ke atas saham Tenaga dengan nilai adil RM9.00.

- Bernama

No comments

Powered by Blogger.