Tubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan tangani isu doktor berhijrah

SHAH ALAM 16 Dis - Perletakkan jawatan 884 doktor perubatan dari 2007 hingga September lalu mencetus kebimbangan dikalangan masyarakat di negara ini.

Perkara berkenaan dinyatakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini.

Mengulas isu ini, Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye mengesa agar ditubuhkan satu Suruhanjaya Perkhidmatan Perubatan khusus menjaga kebajikan dan ganjaran yang sewajarnya untuk doktor perubatan yang berkhidmat dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dr Lee berkata, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan seharusnya mengambil langkah serius mendepani masalah kekurangan doktor perubatan di negara ini memandangkan jumlah golongan profesional itu tidak ramai di Malaysia.

“Suruhanjaya ini boleh memberi ganjaran yang sewajarnya kepada doktor perubatan yang berkhidmat di Kementerian Kesihatan.

“Malangnya setakat ini, Kementerian Kesihatan masih belum menemui jalan penyelesaian untuk mendepani masalah ini, jadi saya harap Kementerian dapat menjumpai pendekatan lain supaya doktor-doktor pakar ini terus berkhidmat dalam hopital kerajaan,” katanya kepada Selangorkini.

Menurut Dr Lee, meskipun pelbagai faktor diberikan sebagai punca kehilangan tenaga profesinal ini seperti menjadi tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi swasta, mengikut pasangan ke luar negara, menerima tawaran pekerjaan lain dan masalah kesihatan, ia tidak boleh menjadi sandaran dan dibiarkan ia terus berlaku.

Namun, menurut Dr Lee keadaan ini bukan semuanya disebabkan tawaran dan ganjaran yang lebih lumayan tetapi ia juga dipengaruhi faktor peluang dan ruang untuk mereka menjalankan pembangunan dan penyelidikan (R&D), kenaikan pangkat dan kebajikan yang lebih baik.

“Jadi masalah sekarang ialah kegagalan mengekalkan tenaga profesional ini, memang tidak dinafikan wujud tarikan dari swasta yang agak kuat, tetapi mesti ada satu strategi bagaimana untuk mengekalkan golongan ini di perkhidmatan.

“Bukan semua pakar yang keluar itu disebabkan ganjaran dan tawaran, ada dikalangan mereka akan terus berkhidmat sekiranya mereka diberikan peluang untuk R&D serta peluang kenaikan pangkat dan sistem kebajikan yang lebih baik,” jelasnya.

Secara realistik, para doktor hanya perlu berkhidmat untuk 10 hingga 15 orang pesakit dalam satu-satu masa agar tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada mereka berbanding dengan berpuluh pesakit dihadapkan dengan seorang doktor sahaja selama ini.

Tambahnya lagi, kekurangan ini seharusnya diambil tindakkan segera demi memastikan tenaga profesional ini tidak lagi berkurangan selain memastikan rawatan yang bakal diterima pesakit dalam keadaan terbaik.

Sementara itu, Dewan Muslimat PAS Pusat berkata kerajaan perlu memikirkan sesuatu bagi mengurangkan jumlah doktor perubatan yang meletakkan jawatan bagi mengelakkan krisis kekurangan doktor perubatan di hospital kerajaan.

“Dalam keadaan jumlah doktor perubatan yang semakin berkurangan, para doktor sedia ada sudah pasti terbeban dengan pelbagai tugas.

“Bebanan ini sudah pasti akan memberi kesan yang mendalam terhadap golongan ini,” ujar Ketuanya Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Ini, tambahnya tidak hairan sekiranya para doktor mengalami stress, kemurungan, lemah, lesu, masalah kesihatan, serta hubungan kekeluargaan yang renggang.

Justeru, DMPP berpandangan para doktor perlu diberikan masa kerja dan rehat yang secukupnya bagi memberikan masa berkualiti untuk mereka.

1 comment

Pak Oncu said...

Salam Tuan Punya Blog,,,, gua bukan nak resis atau apo apo.... cuba perinci kan kaum yg lari dari gomen spital untuk buek praktis sendiri,, dan cuba perinci kan kaum mana yg banyak meninggal kan malaysia untuk mencari ladang lebih hijau di luar negara !!! ada kah MELAYU ?????

Powered by Blogger.