Tukar kerajaan untuk sistem pengangkutan lebih baik?
Oleh Wong Chin Huat
Untuk berhemat dalam perbelanjaan, Barisan Nasional telah mengurangkan subsidi terhadap bahan api. Masalahnya, bagaimana kesannya terhadap rakyat jelata boleh dikurangkan?
Kenaikan harga minyak mendatangkan dua kesan. Pertama, secara langsung kos pengangkutan ditingkatkan, justeru itu pendapatan telah berkurang nilainya; keduanya, peniaga memindahkan beban kenaikan kos pengangkutan kepada pengguna, lantas mengakibatkan kenaikan harga barang.
Kedua-dua kesan ini sebenarnya boleh diredakan dengan dasar pengangkutan, sungguhpun kesannya tidak semestinya dirasai serta-merta, malah efisensinya turut berbeza.
Seandainya kerajaan boleh memperbaiki kualiti sistem pengangkutan awam, malah menurunkan kosnya - sebelum pengumuman kenaikan harga minyak, maka orang awam akan tertarik untuk beralih kepada penggunaan pengangkutan awam, daripada penggunaan kenderaan peribadi. Penggunaan bahan api akan berkurang, meskipun sistem pengangkutan awam juga bergantung kepada minyak.
Pada masa yang sama, seandainya kerajaan boleh mengurangkan kos pengangkutan barangan yang lain, misalnya menurunkan harga tol lebuh raya, maka kesan kenaikan bahan api akan ditangkis sebahagiannya, lantas meredakan tekanan inflasi.
Maka kewajaran subsidi (subsidy rationalization) bukan masalah pengurangan perbelanjaan dan defisit semata-mata, tetapi pengagihan semula kekayaan (wealth redistribution). Masalahnya bukan soal cukup atau tidak, tetapi seimbang atau tidak.
Konflik kepentingan yang kompleks dalam BN
Kerajaan Barisan Nasional juga sedar tentang rungutan rakyat. Menteri Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap penyelarasan harga minyak, Idris Jala mendakwa, wang yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi akan digunakan untuk memperbaiki jaringan pengangkutan bandar, infrastruktur asas dan jalan raya di kawasan desa, pendidikan dan memerangi jenayah.
Persoalannya, bukankah setiap kali kenaikan harga minyak disusuli dengan janji bahawa sistem pengangkutan akan diperbaiki? Sejak perdebatan antara Ahmad Shabery Cheek dengan Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim, sehinggalah hari ini, bilakah pula sistem pengangkutan diperbaiki? Hujah-hujah Idris Jala langsung tidak berkredibiliti, melainkan beliau menyatakan dengan jelas ke mana wang yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi itu digunakan?
Pada hakikatnya, bukankah pengangkutan menjadi salah satu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)? Mengapa kerajaan BN tidak menunjukkan prestasinya dalam bidang ini? Mengapa Najib berani untuk menongkah arus, menyelaras harga minyak tiga kali setahun tanpa apa-apa pakej? Apakah ini hanya disebabkan kezaliman dan kelemahan kerajaan?
Faktor yang sebenar mungkin disebabkan konflik kepentingan yang kompleks. Cuba fikirkanlah persoalan-persoalan yang berikut:
Pertama, siapa lagi yang mahu membeli kereta seandainya sistem pengangkutan awam di bandar kita mudah dan murah? Bagaimana pula dengan nasib kereta nasional kita?
Kedua, siapa sudi membayar tol yang semakin melambung, seandainya tiada kesesakan jalanraya di Kuala Lumpur? (Meskipun kita tetap terperangkap dalam kesesakan jalan raya setelah membayar tol)
Ketiga, apakah nasib PLUS dan MAS (penerbangan dalam negeri) seandainya landasan keretapi intercity cepat dan selesa, dan bas perjalanan jarak jauh dijamin keselamatannya?
Keempat, apakah pemandu teksi akan berkompromi dengan keadaan lesen dimonopoli beberapa orang dan syarikat untuk tujuan rent-seeking, seandainya bayaran teksi diturunkan sebagai galakan untuk menggunakan teksi?
Semuanya saling berpautan - kepentingan kroni dan mereka yang mempunyai hak istimewa. Bahkan walau minyak RON 95 dinaikkan sehingga RM2.50 perliter sekalipun, wang yang dijimatkan itu pun gagal menyelesaikan masalah pengangkutan. Ini kerana punca sebenarnya adalah kepentingan yang saling berpaut antara kuasa ekonomi-politik di bawah dasar penswastaan yang "diubah bentuknya" ketika zaman pemerintahan Mahathir Mohamad.
Dasar pengangkutan PR?
Namun, seandainya keadaann BN sudah terlalu kronik, apa pula dasar pengangkutan yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat? Anwar Ibrahim sekadar menjanjikan "hari ini jadi kerajaan, esok Pakatan Rakyat turunkan harga minyak". Tetapi, sampai bilakah negara boleh memberi subsidi untuk bahan api dalam jangka panjang? Kalaupun tidak menyentuh isu peningkatan suhu bumi, sampai bilakah lombong minyak Malaysia mampu menampung keperluan kita?
Ramai orang yang mengkritik bahawa PR hanya pandai untuk bertarung sesama sendiri. Dan ramai pemimpin politik PR hanya mengambil berat tarikh pilihan raya umum diadakan. Saya menganggap fikiran mereka tersongsang dalam isu ini. Ia mungkin agak zalim bunyinya - siapa yang peduli bagaimana ahli politik melayan musuhnya, seandainya dia hebat dalam urus tadbirnya? Untuk PR, tarikh pilihan raya sebenarnya tidak penting - apa yang lebih penting, mampukah mereka meyakinkan rakyatnya bahawa kehidupan mereka akan bertukar baik seandainya kerajaan ditukarkan?
Seandainya PR boleh mengemukakan satu dasar pengangkutan yang sempurna, lengkap dan bernas, untuk meredakan kesesakan jalan raya, mengurangkan kemalangan dan menurunkan kenaikan kos, siapakah mereka yang tersesak dalam Lebuhraya Persekutuan tidak inginkan pertukaran kerajaan? Persoalannya, mampukah anda, Pakatan Rakyat?
*Wong Chin Huat ialah pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.

No comments
Post a Comment