WikiLeaks: Maklumat peribadi boleh tersebar
Azmi Anuar
Berita tentang WikiLeaks dan kesan daripada pendedahan maklumat diplomatik yang ditonjolkan oleh laman sesawang itu masih terasa di seluruh dunia ketika ini.
Centre for Independent Journalism (CIJ) telah menganjurkan satu forum pada 20 Disember yang memperkatakan hubungan WikiLeaks dengan keadaan di Malaysia. Para panel di forum itu termasuklah Edmund Bon, seorang peguam hak asasi manusia; Sonia Randhawa, salah seorang pengarah CIJ dan Jac Kee, aktivis dan penulis.
Dilihat daripada pandangan mata kasar, WikiLeaks tidak mendedahkan apa-apa maklumat sulit yang boleh mengancam keselamatan mereka yang berjuang di barisan hadapan mempertahankan sesebuah negara, terutama sekali Amerika Syarikat. Apa yang tersiar ialah pendapat diplomat-diplomat tentang pemimpin-pemimpin negara-negara lain dan situasi di situ.
Itu sudah semestinya salah satu tugas seorang diplomat, mengumpul maklumat seberapa banyak yang boleh untuk digunapakai oleh negaranya sendiri dalam perhubungan ekonomi atau politik. Jika mereka tidak berbuat demikian, tentulah itu bererti tanggungjawab yang diberikan oleh negara tidak dilaksanakan dengan baik.
Semenjak dahulu, para diplomat mengumpul maklumat sama ada secara terang-terangan atau menggunakan taktik yang lebih berselindung ketika ditugaskan ke sesebuah negara. Merekalah petugas yang menjadi mata dan telinga kerajaan, memberi maklumbalas sebelum sesuatu tindakan diambil bersabit hubungan dengan negara jiran.
Negara-negara di dunia pada abad ke-21 ini mempunyai perhubungan yang semakin rapat di antara satu sama lain secara langsung dan tidak langsung kerana dunia sudah tidak mengenal sempadan. Wujudnya alam maya memberi peluang pula kepada sesiapa sahaja yang mempunyai akses kepadanya mencorakkan perjalanan sejarah dunia. Teknologi serba canggih yang dikuasai boleh disalahgunakan jika itu yang dikehendaki.
Misalnya, para diplomat Singapura menyatakan bahawa ketua pembangkang Anwar Ibrahim memang sabit kesalahannya berdasarkan maklumat yang diperolehi menerusi ‘perisikan teknikal’.
Adakah ini bermakna perbualan telefonnya telah diawasi atau ada alat-alat elektronik lain ala James Bond yang digunakan dalam mengekori pergerakan dan tindak-tanduknya. Cerita fiksyen perisik James Bond menjadi realiti? Apakah maknanya jika ini sesuatu yang benar dan kesannya kepada orang awam sendiri?
Begitulah pengaruh teknologi ketika ini seperti kata salah seorang ahli panel, Jac Kee, sehinggakan ada pula pihak-pihak yang dengan sengaja menceroboh masuk laman sesawang organisasi-organisasi gergasi dunia ekoran pendedahan WikiLeaks.
Mengutip maklumat perdagangan
Laman sesawang Amazon, MasterCard, Visa dan PayPal tidak berfungsi beberapa ketika kerana tindakan kumpulan ini yang mahu menunjukkan serta membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kuasa mempengaruhi perjalanan ekonomi, politik dan sosial dunia. Laman-laman sesawang tersebut pada mulanya memberi sokongan kepada WikiLeaks tetapi ditarik balik setelah ada desakan dari pihak yang berkepentingan.
Siapakah yang berkepentingan?
Hubungan rapat di antara kerajaan dan sektor perdagangan dalam hal ini tidak dapat diselindung. Masing-masing perlukan sokongan pihak yang lagi satu. Ahli perniagaan mahukan keuntungan daripada pelaburan mereka dan perlu menyesuaikan diri supaya pulangan yang diperolehi berbaloi. Tentu mereka mahu satu kerajaan yang stabil supaya perjalanan perniagaan mereka berjalan lancar dan mendapat sokongan daripada para pembeli.
Jika perjalanan politik negara stabil, pelaksanaan apa juga bentuk perniagaan boleh berterusan dengan lancar. Jika sokongan kerajaan diperolehi, ahli perniagaan berpeluang pula melebarkan sayap mereka ke negara-negara lain.
Para diplomat negara memainkan peranan yang besar sekali lagi dalam hal ini. Pulangan daripada sektor perdagangan amat besar jika kena gayanya dan para diplomat boleh memperolehi maklumat yang berguna untuk ahli perniagaan di negara asalnya. Dunia perniagaan yang memang mencabar memerlukan maklumat terkini daripada pelbagai sumber untuk berkembang maju dan walaupun perbualan di jamuan minuman teh di kalangan para diplomat dilihat tidak mendatangkan apa-apa faedah, tetapi hakikatnya mungkin berbeza.
Para diplomat yang berpengalaman sepatutnya boleh menafsir maksud yang tersirat daripada ucapan-ucapan formal atau perbualan tidak formal apabila menghadiri sesuatu acara. Apa yang tersurat dan tersirat itulah yang merupakan maklumat yang tidak ternilai harganya.
Facebook boleh menggugat privasi
Kalau teknologi digunakan sebegitu rupa oleh pengamal-pengamal yang mempunyai tujuan tertentu seperti menjatuhkan atau menceroboh masuk laman sesawang organisasi tertentu, di manakah letaknya tahap keselamatan sesuatu maklumat peribadi?
Tidak dapat dinafikan lagi kita semua hidup dalam satu jalinan teknologi maklumat yang merangkumi semua aspek kehidupan. Sejak lahir, maklumat seseorang telah dimasukkan ke dalam sebuah pangkalan data dan dalam setiap perjalanan hidup, bertambah pulalah maklumat yang diperolehi. Siapa yang berhak terhadap maklumat ini?
Garis pemisah di antara maklumat awam dan peribadi sudah semakin kabur dengan populariti laman rangkaian sosial seperti Facebook. Ramai yang lupa bahawa apa juga maklumat seseorang di laman-laman tersebut tidak boleh dihapuskan begitu sahaja, ia akan kekal selama-lamanya. Walaupun rakan kita tidak seberapa, oleh kerana kaitan dan pautan yang ada, maklumat peribadi seseorang boleh dikesan oleh mereka yang mempunyai kemahiran.
Kata sesetengah pihak, tinggal di gua pun mungkin tidak boleh menghalang orang lain mencari kita. Satelit yang begitu banyak jumlahnya boleh digunakan. Lihat sahaja betapa hebat perisian Google Map atau Google Earth yang boleh menunjukkan secara terperinci kedudukan tempat tinggal kita.
Manusia memang insan yang bersosial, perlukan orang lain untuk hidup. Perhatian yang lebih hendaklah diberikan kepada tahap maklumat yang perlu disebarluas atau untuk diri sendiri sahaja. Maklumat peribadi yang terpilih mesti kekal milik individu itu sendiri.
Cerita fiksyen sains sering juga menunjukkan senario mikrocip yang diletakkan ke dalam tubuh setiap bayi yang lahir. Kemungkinan besar ini akan dilaksanakan suatu hari nanti. Apabila hari itu tiba, semakin mudahlah kita diawasi dan segala pergerakan dan tindak-tanduk boleh diselenggara oleh pihak yang berkepentingan. Suatu senario yang menimbulkan pelbagai lagi persoalan.

No comments
Post a Comment