Menghargai warga emas: Makna di sebalik ‘anugerah’ BN – Oleh Adil Mat Selamat
11 OKTOBER – Selepas dua seteru politik, iaitu Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO dan Pakatan Rakyat yang kongsi oleh PAS, DAP dan PKR membentangkan Belanjawan 2012 masing-masing, maka acara seterusnya adalah sindir-menyindir dan lekeh-memperlekeh agenda antara satu sama lain. Inilah budaya berpolitik di Malaysia.
Dalam kesibukan itu, apa salahnya kita fokus kepada beberapa aspek yang menyentuh agenda kedua-dua gabungan yang salah satunya bakal dinobatkan sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13 nanti.
Antara fokus pertama kita adalah imbuhan atau penghargaan BN kepada warga emas atau golongan tua. Golongan ini boleh dikategorikan sebagai warga selepas umur persaraan iaitu 60 tahun; kumpulan ini merangkumi kurang lebih 30 peratus.
Dalam konteks politik, golongan ini adalah faktor penting dan mampu menjadi penyumbang besar sokongan kepada kedua-kedua parti arus perdana ini.
Caj perubatan: Mempercumakan yang sudah amat murah
BN menawarkan percuma kepada segala caj pendaftaran pesakit luar warga tua di hospital, klinik kesihatan, klinik pergigian termasuk klinik 1Malaysia ilham Perdana Menteri. Ini boleh diibaratkan sebagai ‘anugerah’ yang sangat berharga daripada BN khususnya daripada Datuk Seri Najib Razak.
Kemudian, dianugerahkan lagi dengan diskaun 50 peratus tambang LRT dan monorel. Ini juga ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Pasti berbunga-bunga hati ibu dan ayah kita, barangkali selepas ini akan berduyun-duyunlah warga emas menggunakan perkhidmatan LRT dan monorel sambil menikmati pemandangan indah kotaraya Kuala Lumpur.
Namun, apakah makna sebenar ‘anugerah’ ini? Adakah ia benar-benar akan sampai kepada kumpulan sasarannya? Adakah pemberian ini benar-benar berbaloi?
Dalam soal kesihatan, caj pendaftaran percuma ini hanyalah melibatkan hospital kerajaan yang kita tahu kos atau caj pendaftaran itu sememangnya tidak mahal. Sekarang ini pun sekitar RM2 sahaja, malah bagi sesetengah tempat di luar bandar hanyalah RM1.
Realitinya, bagi apa jua golongan, baik warga tua, kaum ibu dan awam yang menggunakan perkhidmatan di hospital kerajaan, caj pendaftaran bukanlah isu utama. Apa yang lebih kerap kedengaran ialah rungutan tentang mutu perkhidmatan, kaedah rawatan, ubat-ubatan dan jumlah doktor yang disediakan.
Bagi golongan ini, jumlah RM 1 atau RM 2 atau RM 10 sekali pun, mereka memang mampu membayarnya jika isu-isu yang lebih penting itu dapat ditangani oleh pihak kerajaan BN. Apalah sangat dengan caj RM2? Kedai serbaneka RM2 berlambak-lambak di bandar-bandar kita.
Dari segi teknikal, anugerah BN ini tidaklah memerlukan ‘proses perbelanjaan’ atau ‘bayaran balik’ atau faedah kepada warga tua tersebut. Malah jika kita anggarkan kos yang akan ditanggung oleh pihak kerajaan, amatlah sedikit berbanding ‘heboh-heboh’ apa yang kerajaan telah beri kepada golongan tua ini.
Ini makna pertama. Makna yang turut memberi maksud, bertelur sebiji, riuh sekampung. Yang diriuhkan oleh media massa yang memang selama ini dikawal atau dikuasai oleh BN.
LRT dan monorel: Ramaikah warga emas gunakannya?
Diskaun 50 peratus untuk pengangkutan awam pula hanya untuk perkhdimatan LRT dan monorel yang sememangnya cuma wujud di Lembah Klang. Jika ada sekali pun yang lain, hanyalah sistem komuter dari bandar Seremban hingga Ipoh. Purata penggunanya masih rendah dan ia lebih melibatkan golongan muda dan pekerja.
Agak pelik, mengapa sistem komuter ini tidak turut diberi diskaun juga sedangkan jumlah anak muda dan pekerja amat memerlukan sistem ini?
Jumlah warga tua yang tinggal di Lembah Klang pula tidak sampai pun separuh dari jumlah sebenar yang ada di seluruh Malaysia. Justeru, pemberian BN ini tidak menyeluruh dan tidak sampai ke golongan sasarannya. Kumpulan terbesar yang tinggal di luar Lembah Klang hanya mampu ‘menggigit jari’ sahaja.
Dalam pada hanya segelintir kumpulan warga tua ini pun, hanya beberapa kerat sahaja yang akan dan sedang menggunakan sistem perkhidmatan ini. Ini data sebenar yang tidak harus kita lupa. Jarang sangat dilihat warga berusia 60 tahun ke atas menggunakan LRT dan monorel kota yang sentiasa sesak dan berasak-asak.
Janganlah kita membohongi diri sendiri bahawa pengguna utama dan terbesar bagi sistem pengangkutan ini adalah golongan pekerja awam, buruh dan pelajar di samping pelancong.
Untuk selingan seketika, sewaktu Najib selaku Menteri Kewangan mengumumkan pemberian “anugerah’ itu, seorang kawan menceritakan ibunya yang sedang memasak di dapur ketawa besar mendengar pengumuman itu.
Kata ibu kawan tersebut: “Diskaun buat apa, orang tua macam aku buat apa nak naik tren, berhimpit-himpit, nanti sesat. Anak-anak ada kereta, kalau tak pun naik teksi lagi senang”.
Inilah reaksi spontan seorang warga emas yang walau pun tidak berpendidikan tinggi seperti Najib Razak, lebih memahami hakikat hidup di kota raya.
Bonus Pakatan Rakyat
Sudah jelas makna di sebalik dua anugerah BN itu. Kedua-duanya umpan politik Najib untuk warga emas bagi memujuk mereka mengundi BN dalam PRU akan datang.
Kita bandingkan pula dengan tawaran Pakatan Rakyat, iaitu pemberian bonus RM1,000 tiap-tiap tahun bagi golongan tua ini. Jangan lupa, ini adalah bonus tambahan di samping bantuan berterusan yang telah sedia ada.
Jika pendaftaran kesihatan di hospital kerajaan caj bernilai RM2, bayangkanlah berapa ratus kali warga tua ini boleh mendaftar dan mendapatkan perkhidmatan kesihatan?
Atau ada lebih baik wang bonus itu mereka simpan untuk membeli ubat dan makanan kesihatan tambahan (supplement) untuk mereka, itu lebih berbaloi. Mereka tidak perlu lagi meminta-meminta kepada anak-anak atau kerajaan.
Bukankah ini juga akan meringankan sedikit tanggungan Jabatan Kebajikan Masyarakat?
Kita dengan mudah dapat melihat impak atau kesan positif kepada golongan ini termasuk pihak-pihak yang terlibat secara tidak langsung yang mana idea ringkas dan praktis ini berjaya dirumus dengan baik oleh PR berbanding BN yang hanya bersifat ‘kosmetik’ luaran.
Kita menyeru kepada golongan warga emas agar melihat dan menilai kembali kedua-dua tawaran dari PR dan BN. Ia bukan hanya sekadar ‘wang’ tetapi keikhlasan pemerintah dalam membantu semua golongan.
Siapa janji kosong?
Puak-puak BN senada melaungkan ‘janji kosong PR’. Ya, sudah tentu janji itu belum dapat dipenuhi kerana PR belum memerintah.
Tetapi lihat sahaja, sebagai contoh, apa yang telah dijanji dan dilaksanakan oleh kerajaan PR di Pulau Pinang. Dengan peruntukan yang amat kecil daripada Kerajaan Pusat BN, Pulau Pinang tetap berjaya memberi sumbangan wang kepada warga emas, orang kurang upaya dan golongan kurang bernasib baik.
Ini dapat dilaksanakan apabila ketirisan dan kebocoran kewangan negeri dapat dihapuskan; rasuah dan penyelewengan dikurangkan dan sistem berasaskan tender terbuka. Ini semua menghasilkan dividen anti-rasuah dan anti-ketirisan.
Bayangkan jika PR dapat laksanakan ini di peringkat nasional; bayangkan berapa billion ringgit dapat dijimatkan setahun jika tiada ketirisan, kebocoran dan rasuah, yang semua ini dapat dikembalikan kepada rakyat dan mereka yang memerlukan.
Soalan kembali, BN yang telah memerintah lebih dari 50 tahun, baru hari ini sedar kepentingan membela nasib rakyat? Percayakah kita kepada janji-janji BN? – Roketkini.com

No comments
Post a Comment