BN BAYAR CYBER TROOPER 'PENCACAI UMNO'

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.

Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu.

1 comment

Unknown said...

kasihan sungguh umno, disebabkan dasarnya memang dari dulu main duit, nak publisiti pun sanggup bagi kepada blogger, tak hairanlah, pemimpin atasan dia pun sama, nak publisiti di luar negeri sanggup bayar puluh juta, apa ni? di mana maruah kalau asyik guna duit? umno akan hancur lebur kalau masih main rasuah begini.

Powered by Blogger.